Islamic Widget

Followers

Thursday, September 27, 2012

Debaran

Assalamualaikum.

Bajet 2013. 

Esok (28 September 2012) adalah hari yang amat2 ditunggu oleh hampir kebanyakan warga ISMP yang sedang menganggur dan belum ada kerja tetap macam saya. Pertama kali dalam sejarah hidup saya, saya amat menantikan pengumuman bajet ni. Serius. Terasa berdebar-debar pulak nak tunggu saat tu. Harap2 ada berita gembira untuk semua warga ISMP esok. Insya ALLAH. ^__^

Pejam celik pejam celik lepas tu pejam lagi dan celik lagi. Fuhh...hampir masuk dua bulan sudah saya bergelar GURU GANTI. 1 Oktober nanti saya bakal menamatkan khidmat saya di MMAS, tempat saya belajar suatu ketika dulu. Dapat jugak merasa jadi rakan sekerja cikgu cikgi ustaz ustazah saya. Haha. Suatu pengalaman yang bagi saya amat sangat sungguh bermakna dan menyeronokkan! (tu dia takkid. hehe. menangis cikgu BM saya kalau baca ni. Sorry cikgu! ^_^) *takkid-penguat ayat*

Alhamdulillah.

Tiba-tiba terasa diri sendiri sangat sangat tak sabar untuk menjadi seorang guru tetap. Aura nak jadi cikgu makin kuat dah ni. ::kikiki::

Seronok dapat mengajar students2 yang baik dan mendengar kata. Walaupun kadang2 (hampir setiap kali sebenarnya) saya perlu mengulang dan mengulang dan mengulang perkara yang sama semasa mengajar, tapi tetap rasa suka bila students faham (dari pandangan kasarnya lah.hehe.) apa yang saya cuba sampaikan. Kepuasan yang paling bermakna rasanya. Dalam masa yang sama, dapat jugak saya refresh dan polish balik memori-memori lama subjek Biologi dan Matematik yang dah berkarat ni. Boleh la jugak saya apply dan asah lagi skill mengajar yang sememangnya kurang merata-rata. Hehe. -.-'

So alang2 dah nak habis mengajar, lepas ni dah boleh mula study untuk interview ye Aishah ye! Just be prepared for everything. Mana tau kot-kot esok dapat berita gembira ke kan. Hehe. AMIN!~
Cecepat la nota interview sampai depan rumah. Semangat ni! ngehehe. : D

bila la agaknya dapat main layang-layang tepi pantai macam ni lagi.
*eh, tiba-tiba*

(_ _!!)

www.tips-fb.com
Post a Comment

No comments:

Link Within

Related Posts with Thumbnails