Islamic Widget

Followers

Wednesday, May 18, 2011

Sabo je le, cikgu!~

Assalamualaikum semua..

lama saya tak menaip di sini..tapi tu memang perkara biasa blog ni sunyi sepi tak berentry kan..kalau selalu update, errr...itu yang pelik!~
hihi..

Alhamdulillah..
sekarang dah mula berpraktikum..buat masa sekarang, semuanya masih berjalan lancar bermula dari bertukar sekolah, sampai la dah masuk sekolah..
fuhh..lega sebab SMK Gombak Setia sangat baik hati menerima saya dan ain nabilah masuk ber'latihan mengajar' kat sekolah tu. Penerimaan cikgu2 juga sangat sangat sangat baik..pengetuanya baik, PK nya baik, penyelia petang pun baik..pendek kata, semuanya baik2 aje..
Terima kasih cikgu2..jasamu dikenang!^^

So, bila dah masuk sekolah, saya rasa sangat seronok tengok perangai budak2 SMKGS..serius seronok!^^
ada yang baik mendengar kata, ada yang nakal tak reti duduk diam dan tak kurang jugak yang kurang hormat cikgu..memang sangat menguji kesabaran ye di situ.. =_='

err..cuma satu yang saya pelik..student2 sekarang memang sangat outspoken ke...??
cakap tak ada brek dah tu xtoleh kiri kanan dah..
saya dulu2 tak berani buat lebih kurang dengan cikgu tau!*sadis betul*



ni adalah hidden camera..muka -budak-baik my future students~^^


* * * * * * * * * * * * * * * * * * *


SITUASI 1
mood menjaga budak2 exam..1st time jaga, saya memang gelabah sebab tak tahu nak buat apa tapi still maintain cool depan budak2..mata saya asyik tertoleh2 pada hanset di tangan..
opsss...bukan dok bermain SMS ye!! bukan2..
disebabkan takde jam tangan, jadi hanset sangat perlu sekarang so that budak2 tu tak lah terlebih waktu menjawab, kan..tiba2 sorang student tersengih2 menegur;
"cikgu, cikgu tau tak pengetua cakap, cikgu2 jangan mengajar guna hanset"
errkk.. "saya tengok jam lahh...hish~"
lempang laju2 kang budak ni..huhu..


SITUASI 2
masih lagi dengan mood exam..sekumpulan budak dalam kelas tu asyik bising dan ganggu orang lain dalam kelas..bila ditegur, berdiri sebelah meja, mundar mandir dari depan ke belakang kelas, diorang diamlah sekejap..bila ke depan dan duduk di kerusi, diorang bising balik..so, terpaksalah saya bangun berkawad dari depan ke belakang kelas..again and again and again..then, sorang budak menegur dengan muka tersengih2 kerang busuk;
"Cikgu, cikgu sihat cikgu? Cikgu tak lenguh ke asyik jalan2 jee..."
"Tak..saya exercise, boleh sihatkan badan..lagi pun mulut awak bising, mana boleh saya duduk diam!"
*emm..sabo je lerrr*

SITUASI 3
saya baru masuk kelas untuk jaga exam..sebelum tu dah ada cikgu lain dalam tu..
once saya masuk, ada budak perempuan tegur;
"Cikgu ni, cikgu baru ke? Weh, apa lagi..tiru lah! (sambil toleh kawan dia kat belakang)"
budak ni memang nak merasa makan kasut tumit tinggi saiz 6 kot!isk~


SITUASI 4
still exam mode..budak kelas kali ni majoritinya lelaki..budak perempuan tak sampai 10 orang dalam kelas seramai 44 orang! Memang mencabar sungguh nak kawal pelajar lelaki yang ramai dan mereka sangat sangat sangat suka bercakap walaupun semasa exam..
fuhh..memang penat menjaga exam kelas ni sebab langsung xsempat nak duduk berehat, diorang dah panggil bertanya macam2..ada je yang diorang tak faham..jadi, sebagai cikgu yang baik hati saya cuba penuhi semua permintaan..ngee~^^

so, bila perhatian ditumpukan pada sorang, pelajar yang lain mula bercakap..bila angkat kepala bagi pandangan tajam menikam jiwa, ada la segelintir yang mula tertunduk malu menghadap paper kembali..tapi masih kedengaran bising..berpeluh2 saya menjaga kelas ni, ok..heh!
dalam kebisingan yang dikawal dengan teguran2 'high pitch' saya, tiba2 ada sorang budak yang sebelum tu 2x5 sama bising dengan kawan2 dia, cakap dengan kuat;

"Weh, korang boleh diam tak? Cikgu, saya xboleh nak concentrate ni cikgu..macam mana saya nak jawab exam? Kalau saya gagal macam mana? Sapa lagi nak jadi pemimpin negara akan datang?"

wahaha..yang ni memang saya dah xboleh nak tahan gelak..
ada gaya ahli politik budak ni..kaki kelentong..
padahal awal2 tu, suara dia yang paling kuat buat bising..tsskk~ (T_T)


SITUASI 5
masih dengan mood exam..saya menegur sorang budak,
"Sekali lagi awak buat bising, saya ambik kertas awak!" (dengan muka digarangkan)


then, budak tu mintak maaf dan janji tak buat lagi..bila saya nak ke depan, dia cakap pada kawan dia, "elehh..cikgu tau ugut je tu..bukan berani nak ambik pun.."
kurang asam punya budak..mencabar kredibiliti saya sebagai seorang guru betul!
spontan, saya patah balik ke tempat dia dan cuba ambik kertas jawapan dia..nasib dia baik sempat dia bawak lari..
"heh..awak ingat saya takut ke?" :P

* * * * * * * * * * * * * * * * * * *

hurmm..cukuplah kot 5 situasi kat atas ni kan..nampak tak betapa outspokennya budak2 sekarang ni dengan cikgu..mungkin ada segelintir yang tak, tapi kebanyakannya begitulah! grrr~

kalau nak cerita lagi, rasanya mau 10 hari 10 malam saya menaip entry nih je..hihi..
harap2 student2 saya bila sesi P&P nanti kuranglah masalah sebab tengah exam pun dah macam2 karenah ni..
huh, SABO JE LErrrr~ =_='

p/s: good luck kepada semua kawan2 yang sedang berpraktikum..

p/s lagi: kalau ada tips untuk handle pelajar2 tak dengar kata, sila share ye~
saya budak baru belajar~^^
www.tips-fb.com
Post a Comment

No comments:

Link Within

Related Posts with Thumbnails