Islamic Widget

Followers

Friday, January 10, 2014

Kembali untuk kesekian kalinya...

Assalamualaikum.
Subhanallah...lama sangat dah tinggalkan blog tak berisi. Tak berentry. Busy dan kurang rajin dah nak update sejak last entry. Konon-konon I'm Back lepas tu senyap jugak! keh3..

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Khamis, 21 November 2013 ; tarikh keramat untuk saya.......dan suami! ^_^

Sebab tu la busy tak menyempat nak update blog. Lagi pun bukan ada orang nak baca dah pun. Hehehe. :P

Sebelum kahwin; busy untuk persiapan untuk hari nikah dan kenduri.
Selepas kahwin; busy pulak nak melayan encik suami. Keh3.

Lepas ni teringin nak buat entry pasal hari kenduri.

Pasal kerja kahwin. Belanja kahwin. Baju pengantin. Hantaran. Honeymoon....

Lepas ni laa..lepas ni...
Kita tengok kerajinan macam mana. Hehe. Err... --''

From us...with love ^^

www.tips-fb.com

Monday, September 30, 2013

I'm Back! ;)

Assalamualaikum, hello and hi!

Hohoiii..lama benor tak menjenguk blog ni. Kosong tak berentry sejak beberapa bulan ni. Last entry 2 Mac 2013. 6 bulan kau! Hihihi. :D

So mari baca bismillah. Mulakan mood baru dari sini.

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah 'ala kulli hal... Dipanjangkan umur untuk terus menaip di blog ni. ^__^

Terasa nak buat wajah baru pulak kat sini. Biar matang sikit. Haha. Matang la sangattt :P

Oh, rentetan dari masalah problem punya lama tunggu nak posting tu dulu, Alhamdulillah, sekarang dah posting!

Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah..
I'm officially a teacher at Maktab Sultan Abu Bakar, JB! Jauhhhhhhoooo. Utara ke selatan weh. Nak balik kampung pun fikir 2,3,4 puluh kali kot. Huhuhu.

 English College towards 100 years! (1914-2014)


Kisahnya, saya posting sejak 1 Julai 2013, so, esok (1 Oktober 2013) dah genap 3 bulan! Kuang3..giler lama nak tunggu Mr. Kerajinan datang  menjenguk diri..hehe. Ok la tu...ada jugak rajinnya. Haha.

So now, masa untuk counting days for THE DAY....uhuk uhuk. *batuk*

Mohon doakan semoga segala perancangan berjalan lancar, ye! teheehee :) www.tips-fb.com

Saturday, March 2, 2013

Penantian berakhir. Alhamdulillah.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.....sudah terang lagi bersuluh-suluh nama ada dalam kumpulan khas. So, tak payah di interview!! FPK dan rukun negara je yang rajin ditengok hari tu. Ngee.. Bye bye nota interview. Jangan muncul2 lagi tau! 

Hehehe.

Sapa yang tak check nama lagi, boleh click ----> sini

Sekarang boleh jadi cikgu ganti dengan bahagia sambil tunggu tarikh perjumpaan kumpulan khas dikeluarkan.  Katanya akan diadakan pada bulan April 2013, insya ALLAH.

Untuk kumpulan khas ni tak perlu di interview dan insya ALLAH akan terus dipostingkan tapi akan ada perjumpaan bersama untuk melihat semua bakal guru terlebih dahulu sama ada pakaian, kekemasan, penampilan adalah sesuai melambangkan personaliti seorang guru. :) 

Apa-apa pun,

Alhamdulillah. 'Ala kullihal.... ^_^
www.tips-fb.com

Friday, February 22, 2013

Sotong VS Nuih

Assalamualaikum.

Ampa tau dak, Sotong ni ada adik beradik lain pak lain mak.. Nama dia Nuih. (tak tau la ejaan betul ke tak. hehe)
Saya 1st time dengar dan tengok tadi masa dok besiang sotong. Time keluarkan sotong dari plastik, dah perasan ada sekor sotong ni lain dari yang lain. Tapi masa tu buat dek je sebab kot2 salah tengok ke kan. Nak belek2 malas lagi sebab dalam kepala dok pikiaq nak cepat2 habiskan je. Hehe. :P

Lepas dah siap semua sotong, baru terasa nak tengok 'sotong' yang seekor ni. Sebab bentuk fizikalnya lain macam. Gemuk dan kontot. Nak sentuh pun tak berani. Terus saya kata pada mak,

"Mak, awat sotong ni pelik. Sotong kembaq kot ni.."

yang sebelah kiri tu nuih, kanan tu sotong yang biasa ditengok.
hehe. *jakun*

Mak terus ke sinki, nak tengok jugak la kan sotong kembar tu. Tapi tiba2 mak gelakkan saya. 

"Hahaha. Ada ka plak kembaq. Ni orang panggil nuih la."

Saya terus buat muka puzzled.

Erk. 

Awat tak penah dengar pun?? Adakah ini spesis baru? Nampak macam mutated pun ada jugak. Serius tak pernah tau kewujudan menatang ni wehhh. Huhu.

"Awat pelik sangat? Tak pernah dengaq pun.
 Eee..Tak mau la besiang. Tak berani sentuh."

Sungguh saya tak berani sentuh benda pelik2 dan lain macam ni. Terasa agak geli di situ.
Huhu.
Mujur babak ni tak terjadi di rumah bakal mak mertua. Kalau tak, kompem malu sebab anak dara tak kenal nuih tu apa. Hahaha. 


www.tips-fb.com

Monday, February 18, 2013

Keep waiting and praying. Allah knows better.

Assalamualaikum.

Bila hati rasa tak senang....

Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. Sungguh la orang kata PENANTIAN ADALAH SATU PENYEKSAAN. Terseksa jiwa raga bakul semua ada dah sekarang ni. Kalah orang yang putus cinta kottttt. KOT je la. Hehehe.

Ni lah penyebab ketenangan jiwa saya melayang-layang
*emo*

Setelah setahun lebih menunggu, sekarang saya masih dalam fasa menunggu. Menunggu nama naik di SPP pulak. Dari 15hb Feb dok asyik usha laman SPP, isi nombor IC walaupun jawapan yang keluar tetap sama,
'Maaf, maklumat anda tiada dalam urusan ini'

Kuciwa tau bila tengok jawapan camtu. Cubalah ubah ayat bagi sedap sikit, 'maaf, maklumat anda belum dimasukkan' ke, atau 'maaf, maklumat anda sedang diproses' ke apa ke kan. Macam sedap la sikit nak baca. Haha.

Yang ni ubat penyedap rasa hati. 
Ok la sikit dari takde kan. huhu.

So, tunggu lah lagi ye Siti Aishah. 

Allah knows what is the best for you. Just trust in Him and keep praying.
:)

Mohon doakan saya dan sahabat2 agar dipermudahkan dan dipercepatkan posting ye!
Syukran 'ala kullihal... (^___^)v

Lastly, nah tengok muka2 bakal interviewer nanti. Selamat berkenalan! Hehe.


www.tips-fb.com

Saturday, January 26, 2013

Down Memory Lane | Happy Wedding Syahidah!

Assalamualaikum.

Musim kenduri datang lagi..!! Sejak2 umur dah semakin meningkat ni asyik mengelak je bila orang tanya bila nak kawin. Kalau nak tolong carikan takpe jugak. Hehe. Dak dak. Melawak ja. :D

Hari ni terasa rajin nak buat satu entry khas untuk sahabat lama. Saya dan dia kenal sejak tahun 1996 lagi. Lepas habis sekolah rendah, jumpa lagi kat sekolah menengah yang sama. Sebenarnya ramai je sahabat-sahabat rapat saya yang memang saya dan mereka dah kenal sejak di SRIAS, sekolah yang banyak berjasa mendidik saya menjadi saya hari ini. Ecece. Kawan sampai bila2 lah orang kata. Kalau jumpa je mesti riuh rendah (orang lain ja riuh, saya tak :P ). Alhamdulillah, terasa beruntungnya saya sebab sejak dari sekolah rendah dah ada ALUMNI, so hubungan still rapat dengan kebanyakan mereka walaupun lama tak jumpa. :)

Okey, kembali kepada motif asal saya TERrajin hari ni.


Haa...yang pakai baju hijau tudung bunga2 tu la motip cerita saya hari ni. Dulu2 mana ada kisah baju matching ke tak okey. Baju merah dengan tudung biru pun boleyyy...colour blocking you! Hahaha.

Nama budak sebelah saya tu Syahidah Ahmad Kamal. Glamer tau dia time zaman sekolah rendah sampai ke zaman sekolah menengah. Kiranya dia ni manusia yang paling dikehendaki dalam batch saya sebab asyik dapat nombor satuuuuuuuuuuu je tak pernah nak bagi orang lain pinjam sat. Lepas tu saya selalu dapat nombor dua. Jeles tau u. Kalau saya macam bawang putih versi citer melayu, mau dah lama saya tolak dia masuk tasik kat belakang dalam gambar kat atas ni. Muehehe. Tapi dah nak buat cemana. Budak baik macam saya mana ada buat benda2 jahat macam tu. Kehkehkeh. :P

Tapi zaman saya dapat nombot 2 tu zaman darjah 1-3 je. Lepas tu nombot dah makin bertambah pulak. Tapi si syahidah ni maintain nombot 1 tau. Geliga betul otak dia. (^_^)

Dulu time darjah 1 ke 2 macam tu, saya ingat lagi saya selalu mengadu pada arwah mak saya yang kawan2 kat sekolah tak mau kawan. Depa tak mau cakap dengan saya langsung. Hatta sepupu saya yang kiut miut si Nani tu pun tak  mau kawan. Apa lah salah ku. Hari2 balik sekolah je mengadu sambil menangis2. Lepas tu arwah mak cakap, 
"Tak pa la. Depa tak mau kawan lebih 3 hari nanti depa yang dosa, kan"

Dan satu yang tak boleh blah lagi, si Syahidah ni la dalangnya yang tak bagi budak2 lain kawan dengan saya. Mentang2 dia budak nombot satu, semua orang ikut cakap dia. Cisss.....

Lepas tu cerita tak kawan ni habis sampai situ je sebab sambungannya dah tak ada dalam kotak memori saya. Hehehe.

Then, sejak darjah 3 saya dan syahidah sama2 jadi pengawas. Masa tu dah baik2 dah. Dah selalu pi jaga kelas sama2. Boleh dikatakan rapat jugak la masa tu kan.

Time sekolah menengah, memori dengan syahidah dah kurang. Masa tu malu tau nak kawan dengan dia sebab dia budak pandai, kan. Pastu lemah lembut sopan santun lagi. Ramai peminat pulak tu. Dah nak buat cemana muka comey mesti la ramai peminat kan. Masa ni tak jeles dah tapi kagum dengan dia. Selalu dok fikir2 apa la dia makan yang buleh jadi cerdik sangat ni. Makan kacang cerdik banyak2 ke Syahidah? Hehehe. 'Wisdom is a gift' kot. Tapi rajin kena ada sama la kan. :)

Lepas SPM, dia terus dapat fly ke Mesir buat medic. Saya pulak masih di Malaysia. Alhamdulillah 'ala kullihal. :)

Jadi bila dah masing2 jauh ni, jarang la berhubung lepas tu tup2 dia kata dah nak kawen. Gumbira tak terkata bila dengar dia nak kawin. Kurang dah sorang pesaing. Haha. *kidding* 
Sempat jugak luang masa berdua kejap, lepas tu dapat jugak korek2 cerita sikit pasal suami dia.

Cerita seterusnya, layan gambar la ye! :)

 Ni bakal pengantin 2014. 

 Yang ni bakal pengantin 20** yang pi ambik aura lepas tu siap tolong rasmi ambik gambar atas pelamin.
:P

 Syahidah cakap, pengantin tak boleh buat 'peace' time ambik gambar.
Err..kena praktis ni.


  Dhihah + Syahidah

Nampak dak tu dok tengah sedut aura pengantin. ekeke.

Pengantin Baru.

 Pengantin versi ayu

 Ish, pandai sungguh photographer ni ambik gambaq. :D

Nah, next person, sila ambil bunga

 Semua dok buat iklan tayang gigi sebelum majlis akad.

 Abaikan mata yang terbeliak tu. Teruja sangat kot Syahidah dah nak akad lepas ni.
Orang lain yang kawen, orang lain yang teruja. Isk.

Dhihah dengan gaya makcik2 yang bangga anak dia nak kawin.
hehehe.

Yang pegang frame tu kosong lagi. Sila kontek saya kalau ada sapa2 berkenan.
(baguih punya promote. haha.)

 Behind the scene before akad.

Depan cermin pun boleyyy...

 "Aku terima nikahnya Syahidah bt Ahmad Kamal dengan 1001 ringgit tunai."
Alhamdulillah, selesai dengan 2 kali lafaz. Nebes betul pengantin lelaki sampai tersasul-sasul.
;)

 Malu-malu kucing.

 Cincin untuk suami.

 Tak tau nak posing cemana lettewwww... :P

Sebelum dapat scene ni, ada sedara pengantin perempuan cakap, 
'Tangan tu silang, takpe, dah halal' <3 nbsp="">
Kalau tak, keras je 2-2 posing. Hehe.

Congrats! ^_^

Family sebelah makcik norlela

Eh-eh, nani dok main tenung mata dengan pengantin pulak ye!

Yang lain masih bujang. Harap maklong.

Bersama kembar suami Syahidah. Jangan tertukar plak tau! :D

 Weee~~

Last but not least,
'Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair..'
Semoga kekal sampai ke syurga. Insya ALLAH. 
Cepat2 bagi anak sedara kembar kat kami tau. Hehe. 
Tahniah untuk kesekian kalinya..... (^_____^)v

Wassalam...

www.tips-fb.com

Sunday, January 20, 2013

Sketsa Orang Bujang

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Tahun 2013 dah menjelang. Hehe. Dah tengah bulan Januari baru nak merasa buat entry pasal 2013. Haiyoooo... 

Bila dah masuk 2013 ni, maknanya dah bertambah lagi la umur tuan tanah lagi setahun. Dah nak masuk umur 24 wehhh..kalau terbalik dah jadi 42. Terasa TUA gila! Erkk.. >_<

Dulu time kanak2 ribena selalu dok berangan2 nak kawen umur 23. Konon-konon umur ideal la tu nak kawen. Hahaha. Gatal tak bertempat pulak rasa. Sekarang ni umur dah nak masuk 24, soalan yang paling tak mau dengaq sekali adalah, 

"Bila nak kawen?"

Perghhh..makan dalam weh bila ada orang tanya soalan macam tu. Terasa macam nak tampar2 manja ja kat sapa2 yang tanya soalan macam tu. Cuba tanya soalan macam lain sikit boleh tak? 

Huhuhu..

Balik dari kedai dengan adik saya yang paling kecik petang tadi, sempat la bersembang2 dengan dia dalam kereta. Budak kecik tu memang tak buleh duduk diam2 bila dalam kereta. Adaaaaa ja dia nak cakap bila saya tengah drive. Sampaikan saya cakap kat dia, 
"Huda dok diam sat boleh dak? Kak et tengah fokus nak pusing kereta ni."

Tapi lepas tu, mulut dia bercakap lagi.

Adik: Kak et umur berapa dah?
Saya: Huda agak2 umur berapa? Haha.
Adik: Emm...21 kott..betul dak? *kembang semangkuk sebab dia teka umur muda..kerh.kerh.kerh* :P
Saya: Hahaha...kak et umur 24 dah pun la tahun ni... 
Adik: 24 dah? Awat kak et tak kawen lagi??
Saya: Cisss...tahun ni la ni kak et nak kawen. Hahaha..
Adik: Eee....kak et nak kawen dah.
Saya: HAHAHA....tu la, tanya lagi! Tadi tanya sangat awat tak kawen lagi. Ni kata dah nak kawen, tau pulak dok eeee..haha.


Trauma pulak rasa bila orang dok bertanya soalan macam tu. Hatta adik sendiri pun dok terasa nak 'makan dalam'. Kahwin ni tak semudah K.A.H.W.I.N je ye adik2 kakak2 makcik pakcik sekalian. Perlu ada persediaan mental fizikal, luar dan dalam. Sebab bila dah kawen, lagi banyak cabaran dewasa yang perlu dihadapi. 

Oh, lagi satu. Poket jugak perlu ada pitis ye kawan2. Tak boleh cakap kosong je. Kalau ada yang nak sponsor tu kira besaq rahmat sangat2 dah la tu. Hehe. 

Lepas ni sapa tanya lagi, nak kena jawab macam ni la kott,

"Saya memang nak kawen. Tolong sponsor boleh?" 
Haha :P


Feeling kesepian tengok gambaq ni.
Hewhewhew~
www.tips-fb.com

Link Within

Related Posts with Thumbnails