Islamic Widget

Followers

Saturday, January 26, 2013

Down Memory Lane | Happy Wedding Syahidah!

Assalamualaikum.

Musim kenduri datang lagi..!! Sejak2 umur dah semakin meningkat ni asyik mengelak je bila orang tanya bila nak kawin. Kalau nak tolong carikan takpe jugak. Hehe. Dak dak. Melawak ja. :D

Hari ni terasa rajin nak buat satu entry khas untuk sahabat lama. Saya dan dia kenal sejak tahun 1996 lagi. Lepas habis sekolah rendah, jumpa lagi kat sekolah menengah yang sama. Sebenarnya ramai je sahabat-sahabat rapat saya yang memang saya dan mereka dah kenal sejak di SRIAS, sekolah yang banyak berjasa mendidik saya menjadi saya hari ini. Ecece. Kawan sampai bila2 lah orang kata. Kalau jumpa je mesti riuh rendah (orang lain ja riuh, saya tak :P ). Alhamdulillah, terasa beruntungnya saya sebab sejak dari sekolah rendah dah ada ALUMNI, so hubungan still rapat dengan kebanyakan mereka walaupun lama tak jumpa. :)

Okey, kembali kepada motif asal saya TERrajin hari ni.


Haa...yang pakai baju hijau tudung bunga2 tu la motip cerita saya hari ni. Dulu2 mana ada kisah baju matching ke tak okey. Baju merah dengan tudung biru pun boleyyy...colour blocking you! Hahaha.

Nama budak sebelah saya tu Syahidah Ahmad Kamal. Glamer tau dia time zaman sekolah rendah sampai ke zaman sekolah menengah. Kiranya dia ni manusia yang paling dikehendaki dalam batch saya sebab asyik dapat nombor satuuuuuuuuuuu je tak pernah nak bagi orang lain pinjam sat. Lepas tu saya selalu dapat nombor dua. Jeles tau u. Kalau saya macam bawang putih versi citer melayu, mau dah lama saya tolak dia masuk tasik kat belakang dalam gambar kat atas ni. Muehehe. Tapi dah nak buat cemana. Budak baik macam saya mana ada buat benda2 jahat macam tu. Kehkehkeh. :P

Tapi zaman saya dapat nombot 2 tu zaman darjah 1-3 je. Lepas tu nombot dah makin bertambah pulak. Tapi si syahidah ni maintain nombot 1 tau. Geliga betul otak dia. (^_^)

Dulu time darjah 1 ke 2 macam tu, saya ingat lagi saya selalu mengadu pada arwah mak saya yang kawan2 kat sekolah tak mau kawan. Depa tak mau cakap dengan saya langsung. Hatta sepupu saya yang kiut miut si Nani tu pun tak  mau kawan. Apa lah salah ku. Hari2 balik sekolah je mengadu sambil menangis2. Lepas tu arwah mak cakap, 
"Tak pa la. Depa tak mau kawan lebih 3 hari nanti depa yang dosa, kan"

Dan satu yang tak boleh blah lagi, si Syahidah ni la dalangnya yang tak bagi budak2 lain kawan dengan saya. Mentang2 dia budak nombot satu, semua orang ikut cakap dia. Cisss.....

Lepas tu cerita tak kawan ni habis sampai situ je sebab sambungannya dah tak ada dalam kotak memori saya. Hehehe.

Then, sejak darjah 3 saya dan syahidah sama2 jadi pengawas. Masa tu dah baik2 dah. Dah selalu pi jaga kelas sama2. Boleh dikatakan rapat jugak la masa tu kan.

Time sekolah menengah, memori dengan syahidah dah kurang. Masa tu malu tau nak kawan dengan dia sebab dia budak pandai, kan. Pastu lemah lembut sopan santun lagi. Ramai peminat pulak tu. Dah nak buat cemana muka comey mesti la ramai peminat kan. Masa ni tak jeles dah tapi kagum dengan dia. Selalu dok fikir2 apa la dia makan yang buleh jadi cerdik sangat ni. Makan kacang cerdik banyak2 ke Syahidah? Hehehe. 'Wisdom is a gift' kot. Tapi rajin kena ada sama la kan. :)

Lepas SPM, dia terus dapat fly ke Mesir buat medic. Saya pulak masih di Malaysia. Alhamdulillah 'ala kullihal. :)

Jadi bila dah masing2 jauh ni, jarang la berhubung lepas tu tup2 dia kata dah nak kawen. Gumbira tak terkata bila dengar dia nak kawin. Kurang dah sorang pesaing. Haha. *kidding* 
Sempat jugak luang masa berdua kejap, lepas tu dapat jugak korek2 cerita sikit pasal suami dia.

Cerita seterusnya, layan gambar la ye! :)

 Ni bakal pengantin 2014. 

 Yang ni bakal pengantin 20** yang pi ambik aura lepas tu siap tolong rasmi ambik gambar atas pelamin.
:P

 Syahidah cakap, pengantin tak boleh buat 'peace' time ambik gambar.
Err..kena praktis ni.


  Dhihah + Syahidah

Nampak dak tu dok tengah sedut aura pengantin. ekeke.

Pengantin Baru.

 Pengantin versi ayu

 Ish, pandai sungguh photographer ni ambik gambaq. :D

Nah, next person, sila ambil bunga

 Semua dok buat iklan tayang gigi sebelum majlis akad.

 Abaikan mata yang terbeliak tu. Teruja sangat kot Syahidah dah nak akad lepas ni.
Orang lain yang kawen, orang lain yang teruja. Isk.

Dhihah dengan gaya makcik2 yang bangga anak dia nak kawin.
hehehe.

Yang pegang frame tu kosong lagi. Sila kontek saya kalau ada sapa2 berkenan.
(baguih punya promote. haha.)

 Behind the scene before akad.

Depan cermin pun boleyyy...

 "Aku terima nikahnya Syahidah bt Ahmad Kamal dengan 1001 ringgit tunai."
Alhamdulillah, selesai dengan 2 kali lafaz. Nebes betul pengantin lelaki sampai tersasul-sasul.
;)

 Malu-malu kucing.

 Cincin untuk suami.

 Tak tau nak posing cemana lettewwww... :P

Sebelum dapat scene ni, ada sedara pengantin perempuan cakap, 
'Tangan tu silang, takpe, dah halal' <3 nbsp="">
Kalau tak, keras je 2-2 posing. Hehe.

Congrats! ^_^

Family sebelah makcik norlela

Eh-eh, nani dok main tenung mata dengan pengantin pulak ye!

Yang lain masih bujang. Harap maklong.

Bersama kembar suami Syahidah. Jangan tertukar plak tau! :D

 Weee~~

Last but not least,
'Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fil khair..'
Semoga kekal sampai ke syurga. Insya ALLAH. 
Cepat2 bagi anak sedara kembar kat kami tau. Hehe. 
Tahniah untuk kesekian kalinya..... (^_____^)v

Wassalam...

www.tips-fb.com
Post a Comment

4 comments:

afiqah ahmad said...

hahahha...memori daun pisang betul n3 nih.. kalau bacth k.fiqah, no1 k.insyirah..no2 k.anis.. yg no1 dh.. next no2 la plk.. jdi..next kenduri..lepas k.anis mesti la siti plk.. jeng2.. =)ke siti dulu baru bg k,anis..hehehehe..

ismiaisha said...

kak afiqah: haha...tu diennn...kak anis dulu la kot sbb dia dh tunang..hehe :P
k.fiqah pn dak lg, mana bleh langkah bendul...hee :D

Nisa Razak said...

weh...matured giler muka syahidah la ni...dh lama x tgk dia..hbis spm, hbis...huhu

ismiaisha said...

Nisa: muka dia mmg matured sejak dulu lg...hehehe :D

Link Within

Related Posts with Thumbnails