Islamic Widget

Followers

Sunday, October 2, 2011

Rokok itu HARAM? Tepuk dada, tanya IMAN..

Assalamualaikum semua~

PESANAN DARI PENAJA: Merokok membahayakan kesihatan.

Saya jenis orang yang tak suka dengan rokok sebab baunya saja dah buat saya pening. Tambah pulak kalau berada dengan orang2 yang merokok, kan. Rasa meluat, menyampah semua ada. Memang saya akan tutup hidung secara terang-terangan. Sendiri mau ingat la, Bro! Nak mati sangat, pergi sorang2..
Biarlah ajal saya bukan kerana ROKOK! huhu.

Saya masih ingat dulu2 masa umur baru 12 tahun, saya temankan sepupu saya keluar dating. (opss..) Saya tak sangka pulak yang si lelaki pun mengangkut kawan2 dia sekali. Maklumlah, remaja.. Satu yang paling saya tak suka, geng2 si lelaki ni suka sangat hisap rokok. Dalam masa tak sampai beberapa jam, sorang boleh hisap satu kotak! Tak ke tak cerdik diorang tu. Hmm.. Solusinya, saya jalan jauh2 dari diorang. Nak tegur tak mampu sebab diorang tu lagi besar dari saya.hehehe.

Sekarang dah keluar fatwa yang MEROKOK adalah HARAM. Tapi, masih ramai yang still lekat rokok kat bibir, hisap dengan penuh perasaan. Mungkin ada perbezaan pendapat ulama' dalam hal ni, tapi dah memang terbukti rokok langsung tak bagi faedah kepada kita, perlu ke nak menidakkan yang benar? Biasalah, benda haram ni memang manusia suka. Lagi dilarang, lagi nak buat. Dah namanya manusia, sentiasa LUPA dengan balasan ALLAH kat akhirat nanti.. Nauzubillah!

Kenapa ROKOK dikategorikan sebagai haram? Sebab ambil kias dari hukum meminum arak. Arak itu haram sebab orang yang minum arak boleh datangkan mudarat kepada si peminumnya. Boleh rosakkan sel saraf, dan hilangkan kewarasan. Samalah jugak kesnya dengan rokok. Malahan, orang yang hisap rokok bukan saja bahayakan diri sendiri dengan cara 'membunuh diri secara senyap' tapi jugak membahayakan orang sekeliling. Uii..dosa berlipat ganda tu. Larat ke nak tanggung? Em, tepuk dada, tanya IMAN, okey? :)


Walaupun kat bungkusan rokok tu dah siap ada gambar penyakit dan amaran supaya jangan hisap rokok, STILL ramai yang beli rokok setiap hari. Nak kata tak tahu kandungan dalam rokok tu apa, banyak aje artikel yang bagitahu kandungan yang ada dalam rokok. Hmm..mungkin hati dan akal dah dilitupi asap2 rokok yang tebal, sebab tu akal tak dapat nak tafsir kebenaran KOT, kan.. =_='

Walau apa pun, semoga perokok2 tegar di MALAYSIA ni sedar yang MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN. Sayangilah diri sendiri dan orang di sekeliling anda. Nyawa yang ALLAH pinjamkan untuk kita, guna dengan sebaiknya. Insya ALLAH, ada ganjaran dari ALLAH.

Wallahu'alam.


*nota kaki: lepas ni kerajaan kena sediakan kawasan untuk merokok bagi perokok sahaja supaya tak membahayakan orang lain. Sekurang-kurangnya, boleh jugak mereka mati secara berjemaah! ngeee..

*nota jari jemari: maaf kalau ada ayat teremosi sebab saya memang tak suka ROKOK dan PEROKOK..

*nota kaki tangan: kalau orang yang menjual arak dapat saham dosa, orang yang jual rokok dapat saham dosa sekali tak? huhu.


www.tips-fb.com
Post a Comment

No comments:

Link Within

Related Posts with Thumbnails