Islamic Widget

Followers

Friday, November 4, 2011

Pelajar UPSI Manja?

Assalamualaikum..Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sebelum saya pergi lebih jauh, suka saya nak mintak kawan-kawan baca post di blog ini dulu sebab post kali ni ada kaitan dengan post beliau -----> klik sini

Baiklah, sahabat-sahabat semua dah baca kan?
Oh, sebelum tu, saya mohon maaf andai apa yang akan saya kongsikan di sini mungkin akan mengguris mana-mana pihak sama ada secara fizikal mahupun spiritual..sama2 lah kita bermuhasabah diri~

Untuk pengetahuan sahabat2 semua (mungkin ramai pembaca blog ni yang dah tahu), saya adalah pelajar UPSI yang insya ALLAH bakal bergraduat pada tahun depan. Pilihan untuk menjadi seorang guru memang merupakan cita-cita saya sejak dari kecil. Mungkin disebabkan saya dikelilingi oleh mereka-mereka yang terlibat dalam bidang perguruan kerana datuk, abah, makcik, pakcik saya kebanyakannya adalah GURU. Hatta, arwah emak saya juga seorang GURU.  :)

Pakcik (maafkan saya kalau pakcik masih muda),
Pakcik kata pelajar UPSI melampau? Mintak rayuan yang pada hemat pakcik adalah 'pelik-pelik'?
Hmm..
Baiklah, saya tidak mahu melenting dengan apa yang pakcik utarakan. Mungkin itu pandangan pakcik sebagai mereka yang tidak berada di tempat kami yang bakal bergraduat dengan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Kami tak kisah pun untuk bersaing dengan ADIL seperti yang pakcik katakan. Kami langsung tidak memandang diri kami hebat mahupun gah. Kami tak peduli langsung kalau perlu bersaing dalam pasaran.
Kenapa?
Sebab kami tahu realiti alam pekerjaan pakcik. Kami tahu rezeki ALLAH ada kat mana2. Sebab kami percaya dan yakin ilmu yang kami belajar di UPSI ni dapat memberi manfaat kepada orang lain.

TAPI,
bila kerajaan menidakkan HAK kami untuk turut diberi peluang bersaing dalam pasaran perguruan ni, sampai mintak kami 'cari kerja lain' untuk beri peluang kepada KPLI dan GSTT, kami tak boleh berdiam diri. Pakcik tahu kenapa kami memilih ISMP untuk masa depan kami? Sebab kami nak jadi cikgu, nak kongsi ilmu dengan generasi masa depan, nak timba pengalaman dalam masyarakat dalam bidang pendidikan.

Bukannya kami mintak kerajaan hanya membuka peluang menjadi guru kepada pelajar ISMP mahupun pelajar UPSI sahaja, tapi kami mintak hak kami sebagai pelajar yang telah memilih untuk menjadi guru sejak awal. Salahkah? Kalau salah, tak perlulah wujudkan ISMP di IPT-IPT.. Wujudkan saja KPLI dan GSTT, jadi tak ada yang melenting teraniaya...

Baiklah, saya analogikan di sini, kalau suatu hari nanti kerajaan meminta bakal-bakal doktor yang dah bertungkus lumus belajar selama 5 tahun supaya mencari kerja lain untuk diberikan kepada mereka yang baru mengambil kursus untuk menjadi doktor selama setahun, adakah bakal-bakal doktor tersebut akan hanya berdiam diri? Mestilah tak, kan. :)
Macam tu jugak kami, pakcik.



Bukan kami manja, tapi kami usaha.
Kalau kami hanya bertindak tunggu dan lihat, tak cerdik lah kami..

Lagi 1, kenapa pakcik hanya melihat pelajar UPSI ini hanya anak-anak melayu? Kami kat sini macam universiti-universiti lain jugak. Ada pelajar cina, india, kadazan, iban, boleh dikatakan 1Malaysia pakcik. Pointer kami Alhamdulillah, bukan sekadar cukup makan.

Kami langsung tak cuba nak menutup peluang kawan-kawan kami yang belajar di Tunisia, Libya, Mesir, Jordan dan negara-negara lain untuk jadi cikgu. Kami lagi suka kalau mereka juga terlibat dalam bidang pendidikan. Tapi, kena lah bersaing dengan ADIL dengan kami. Kenapa perlu nak sisihkan kami?

Ni lah susahnya kalau semua perkara nak dipolitikkan.
Apa-apa pun kalau kita buat secara ekstrem (extreme), benda yang elok jadi tak elok.
Kenapa perlu nak kaitkan penempatan guru-guru di sekolah dengan nak sebarkan fahaman politik?
Kenapa pulak kalau pelajar UPSI ke sekolah, boleh lingkup?
Kenapa tak sasarkan jadi cikgu untuk bina UMMAH..bina sahsiah pelajar generasi akan datang..itu kan lebih baik.

Okeylah, akhir kata saya mohon maaf andai apa yang saya responkan di sini ada mengguris hati mana-mana pihak.

Segala kesilapan atas kekhilafan diri saya sendiri dan yang baik itu hanya dari ALLAH. Apa pun, yang baik mahupun buruk, semuanya dengan kehendak ALLAH jua.

Sekian,
 Assalamualaikum.

P/s: kali ini saya kongsikan Doa Murah Rezeki buat sahabat2 UPSI, ISMP dan semua pembaca blog ini.. Tak apa, rezeki ALLAH kat mana2.. Insya ALLAH~ (^___^)


::Credit gambar dari google::


update: klik sini untuk respon dari tuan blog tersebut..tak faham bahasa lagi rupanya..haishh~
www.tips-fb.com
Post a Comment

2 comments:

Anonymous said...

geram aku bace blog dia..dorng tuh yg tak bersaing secara sihat,,dah amik kos lain pi laa cari keja kos tuh..nak g amik pendidikan pasaipaaaaaa!!!!bangang!!!!

ismiaisha said...

Anonymous: sabar2..
huhu~
sebab kos depa xdak kosong, depa mai la rebut ngan kita pulak...
hihi~

Link Within

Related Posts with Thumbnails