Islamic Widget

Followers

Saturday, December 17, 2011

Hargai mereka sebelum tiada..

Assalamualaikum..

Semalam, duduk2 bersembang dengan housemate tentang bermacam2 cerita. Kadang2 menjadi pendengar, kadang2 saya yang paling kecoh bercerita. Tak lama lagi dah nak bersama mereka di rumah loteng taman Happy ni. Tak sampai sebulan dah. Tetiba rasa syahdu, NAK GRAD DAH RUPANYA..tskk~

Cikgu-bio-to-be yang bakal grad tak lama lagi. Insya ALLAH. 


Aku sayang korang (tih, amy, suzi, mira, dayah, ecah ming, adda & na) walaupun aku tak pernah mengaku. Nah, ciuman kasih sayang aku bagi kat korang! muahmuah :*  hehehehe *malu* (=_=')

Oh,
Saya nak cakap benda lain sebenarnya..Adeiii~ ><

Saya ni jenis yang cakap banyak (okey, sedar diri). Tapi, dengan orang2 yang rapat aje lah. Yang kurang rapat, kadang2 saya boleh jadi sangat pendiam, pemalu gitu. Haha.

Selalu, bila bercakap tentang masa kecik2, saya selalu terdiam. Saya tak berapa ingat tentang masa kecil2 saya. Tak tahu kenapa, mungkin akal cuba menidakkan perkara lalu. Mungkin. 

Apa yang saya ingat, di akhir umur saya 8 tahun, EMAK saya meninggal. Yeah, itu bukan perkara mudah untuk kanak2 seusia saya menerima apa yang terjadi tapi melihat adik bongsu saya yang ketika itu berumur 2 tahun (sekarang dah tak jadi adik bongsu dah), saya cuba menjadi seorang kakak yang kuat. Saya peluk adik saya dan cakap, "Mak dah tak ada" walaupun dia masih tak faham apa2 masa tu. hehe. 

Arwah MAK dengan thinah, adik bawah saya.. :)

Dan, saya masih ingat, masa orang lain sibuk2 di bawah menguruskan mayat MAK, saya mengasingkan diri dari orang lain dan menangis semahu2nya. Abang saya yang sulung, abang Sani, datang menenangkan saya. Mungkin sebab tangisan saya kuat sangat kot. haha. Dia peluk saya dan cakap, 
"Walaupun mak dah tak ada, abang ada. Itie kena jadi kuat untuk adik2". 

Dan, Alhamdulillah, malamnya saya bermimpikan MAK, rezeki ALLAH bagi supaya saya terima kenyataan kot kan. Wallahu'alam. Dan, esoknya saya jadi lebih kuat dan saya ceritakan pada tok tentang mimpi saya. Tapi sekarang saya dah tak ingat macam mana mimpi saya tu. Nak tanya tok, takut saya menangis, ngee.. ><'

Biasanya, kawan2 saya selalu bercerita, apa yang mak diorang cerita masa diorang masih kecil especially semasa baru lahir, apa kerenah masa kecik2. Macam biasa, saya hanya diam dan jadi pendengar. Saya tak ada cerita macam tu sebab tak ada kesempatan untuk bertanya. huhu. Then, dalam hati saya cakap,
"Jelesnya depa dapat tau. Aku tak sempat nak bertanya pun." 

Saya masih ingat, masa umur saya 12 tahun, hari pertama saya didatangi 'bulan mengambang', saya tak ada tempat untuk bertanya. Kakak tinggal di asrama, nak bertanya dengan mak, saya malu (mungkin tak matang, dulu selalu gaduh2 dengan mak. huhu. Ampunkan itie, mak. ), nak tanya dengan abah, memang tak lah, kan. Mujur, sekolah dah pernah adakan taklimat pasal 'kedatangan bendera merah' sebelum tu, ada lah jugak ilmu, kan. Tapi, bila dengar cerita kawan2 tentang hari pertama mereka, ada ibu yang menyokong dan memberi semangat, automatik saya rasa syahdu. Bertuahnya mereka. :)

Apa-apa pun, ajal maut di tangan ALLAH. Siapa saya untuk menidakkan takdir ALLAH, kan. Alhamdulillah, walaupun ALLAH ambil MAK saya, DIA berikan saya seorang emak yang baik kemudiannya. :)

Abah & mak. Semoga aku diberi kesempatan untuk membalas jasa mereka. AMIN.

Hmm.. target saya sekarang, nak balas budi abah dan mak. Walaupun abah asyik minta saya buat master, saya dah bulatkan tekad nak kerja, dan hulur duit kat abah & mak. Saya selalu takut tak sempat nak balas budi mereka. Saya selalu fikir tak sempat nak senangkan abah sebelum abah tak ada, tak sempat nak balas jasa mak tolong besarkan saya macam anak sendiri. Kita tak tahu bila ajal kita, tapi tu target masa depan saya. Mungkin, rezeki nak sambung buat master nanti akan datang kemudian. Harap-harap ada rezeki untuk itu. Insya ALLAH. :)

Tolong doakan saya. (^__^)


nota tangan: setiap kali teringat pasal arwah MAK, mesti terasa nak menangis. Ya ALLAH, tempatkan MAK bersama2 hamba2MU yang beriman, AMIN.



www.tips-fb.com
Post a Comment

2 comments:

ain fathihah fhm said...

first time aku rasa terkesan baca blog hg. hehe.

ismiaisha said...

err..baiklah.
aku xpandai menyentuh hati pembaca dengan tulisan aku..
ang xpe la dah pakar.
hehe~ :D

Link Within

Related Posts with Thumbnails