Islamic Widget

Followers

Saturday, September 29, 2012

Cerita Saya Sebagai CIKGUru

Assalamualaikum.

Tadi dok berblogwalking, terbaca entry kawan saya [MujahidahWana] berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang guru ganti. Seronok. Boleh juga dia nak buat tatapan di hari tua nanti. Hehe. 

So, mencedok idea dari situ (asyik cedok idea je aishah ni.huhu.) saya pun nak juga berkongsi pengalaman menjadi guru ganti dan guru tuisyen sejak bulan Jun yang lalu. Boleh juga nak dibuat tatapan di masa lapang semasa hari tua nanti (insya ALLAH). Best sebenarnya jadi cikgu ganti ni sebab dapat timba banyak pengalaman dan pengetahuan baru especially dalam skill macam mana nak tackle students semasa P&P. Mencabar memang mencabar. Sebab saya jenis yang tak suka marah2 pelajar, jadi saya mesti dan perlu create suasana P&P yang baik dan seronok.

Saya sebenarnya menjadi guru ganti di Maktab Mahmud Alor Setar (MMAS), sekolah menengah saya dulu. Kira macam come back la ni tapi not yet as a student, but as a TEACHER.  Perghhh..speaking! Haha. :P

Bercerita tentang awal penglibatan saya sebagai guru di MMAS, saya sebenarnya dipanggil untuk menjadi guru ganti untuk subjek Biology Form 5 oleh kawan saya sendiri, Syazana, yang sebelum tu menjadi guru ganti subjek tu jugak kat situ. So, kiranya saya sebagai pengganti dia lah sebab dia nak kerja kat sekolah lain pulak. Semasa ke sekolah untuk berbincang tentang penggantian saya tu, saya terserempak dengan cikgu Biologi yang saya ganti sekarang ni, Cikgu Hamidah nama dia. Time tu dia mengandung 7-8 bulan dah kot. So, kami ada lah bersembang-sembang dan dia dapat tahu saya yang akan menggantikan Syazana untuk tuisyen Bio, terus dia request saya gantikan dia time dia bersalin nanti. Eh, eh. Kecik tapak tangan, satu padang bola saya tadahkan. Kikiki. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya terus setuju. Hehe. Alang-alang belum ada kerja tetap ni, apa salahnya, kan. :)

Bermula 7 Ogos 2012 lepas, bermulalah kehidupan saya sebagai cikgu Biologi.
Hari pertama sekolah, saya diberikan jadual kelas. Dan, saya dimaklumkan oleh guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, Cikgu Rosmaliza, bahawa saya ditugaskan menjadi guru kelas 5 Ar Razi. Pelajar kelas ni semuanya lelaki dan katanya pelajar2 ni agak bermasalah dari segi kehadiran (maklumlah, kelas semua lelaki, tak ada pencetus semangat belajar kot so jadi malas nak ke sekolah. kikiki). Cikgu siap pesan supaya saya tak terlalu bagi muka pada mereka sebab katanya nanti students naik lemak. Saya sebenarnya dah sedia maklum pelajar2 5AR ni bermasalah dalam kehadiran sebab time tuisyen petang2 saya mengajar, pelajar kelas ni yang hadir tak sampai 10 daripada 33 orang. Ohoi~
Mencabar kredibiliti sungguh! >.<'

Huhu.

Saya ditugaskan mengajar kelas 5 Ar Razi, 5 Al Biruni, 4 Ar Razi dan 4 Al Biruni  untuk subjek Biologi, 1 Fathonah dan 1 Mawaddah untuk subjek Matematik.

Cabaran yang saya terpaksa hadapi time ni antaranya,
  1. Habiskan silibus kelas 5 Ar Razi & 5 Al Biruni sebelum trial SPM pada 18 Ogos 2012. Kiranya saya hanya ada lebih kurang 2 masa untuk kelas 5AR dan 2 masa untuk kelas 5AB. Satu tajuk 'Variation' saya habiskan dalam 1 masa! Perghh...kesian students entah paham entah tidak apa yang saya ajar. Huhu. Saya cuba sehabis baik untuk habiskan silibus dan dalam masa yang sama bagi depa faham apa yang saya cuba sampaikan. Tapi,  just 3 daripada 5 student yang jawab topik yang saya ajar tu dapat jawab soalan trial SPM dengan betul. Hehe. -.-'
  2. Mengajar dalam BM dan BI. Sebabnya, untuk pelajar form 5, saya perlu ajar dalam BI tapi pelajar form 4 saya perlu ajar dalam BM. Susah jugak nak menyesuaikan diri sebab dah biasa mengajar dalam BI jadi ada beberapa term yang saya terlupa maksudnya dalam BM. Hehe. Pernah time mengajar, apa yang saya sebut adalah air, tapi apa yang saya tulis di papan hitam jadi 'water'. Err..kecelaruan bahasa sungguh! Kikiki. :D
  3. Mengajar subjek Matematik. Matematik adalah subjek yang paling saya geruni time kat sekolah, matrik mahupun di UPSI dulu. Masa exam matematik adalah masa yang paling memenatkan dan menakutkan bagi saya. Hehe. Sebabnya, setiap kali semasa exam matematik, saya akan jadi berdebar-debar dan lepas exam, mesti saya akan sakit kepala. Entah sindrom apa yang melanda, saya sendiri pun tak tau. Huhu. Jadi, untuk mengajar subjek yang paling saya geruni suatu waktu dahulu, adalah ibarat suatu mimpi ngeri. Ngee. Tapi lepas dah mengajar 1 kelas, terus rasa, 'eh, okey je pun ajar. Takde la gerun sangat...' Haha. Over je lebih. Matematik Form 1 je pun..... Kahkahkah :P
  4. Habiskan silibus form 4 sebelum Peperiksaan Akhir Tahun 14 Oktober 2012. Yang ni lagi mencabar. Sebab time saya masuk dulu, depa baru dok belajar Bab 6: Nutrisi sedangkan silibus sampai Bab 9: Ekosistem Terancam. Sekarang dekat2 nak habis mengajar ni, baru sempat pecut sampai Bab 7: Respirasi. Huhu. Rasa-rasa cikgu Hamidah kena sambung pecut lah lepas ni sebab saya habis kontrak mengajar sampai 1 Oktober ni saja. Hehe. >.<'

Ni lah antara cabaran awal yang saya perlu hadapi. Alhamdulillah, boleh la jugak dihadapi dengan baik. Sekarang pelajar2 form 5 ada bengkel, jadi saya hanya ditugaskan mengajar kelas tingkatan 4. Dapat lah  lagi dua kelas form 4, 4 Al Jabir & 4 Ibnu Sina. Yang ni takpe sebab perlu buat eksperimen je dengan depa sebab depa dah habis silibus dah. :)

Well, pengalaman yang dapat sepanjang jadi cikgu ganti ni memang sangat berharga. Seronok rasanya jadi cikgu kat MMAS sebab budak2 baik je macam saya dulu. Haha. Walaupun ada lah jugak yang mungkin nakal sikit, selalu ponteng sekolah dan tak mai tuisyen. Huhu. Apa-apa pun, semua dah jadi adik2 saya yang saya perlu kongsi ilmu dengan mereka. 

Semoga apa yang saya ajar akan sampai dan dapat dimanfaatkan mereka suatu hari nanti. Insya ALLAH~

For each of my students (MMAS, SMKGS):

Good luck in everything you do. Be the best among the best. Try hard and try your very best especially in SPM. 
And,
Don't forget to pray for ALLAH's blessing.
Gambate! Chaiyok! Fighting! Bittaufiq wannajah!
(^___^)v


nanti boleh la pakat2 ambik gambar macam kat bawah ni
|
|
|
|
V


Hehehe. :D
www.tips-fb.com
Post a Comment

No comments:

Link Within

Related Posts with Thumbnails