Islamic Widget

Followers

Friday, January 11, 2013

Burung apa? Burung murai....


Assalamualaikum.


Perghhhhh...lama benor tuan tanah tak polish blog ni. Terasa sindrom-malas-menaip semakin menular pulak. Huhu.

Alhamdulillah.


Hari ni kiranya dah lebih setahun saya tamat belajar. Last paper dulu 9 Januari 2012, bersamaan hari sejarah AdamAdli pada hari terakhir exam saya di UPSI. Si adam ni dibicarakan oleh pihak U sama hari dengan Anwar Ibrahim aka DSAI dibicarakan untuk kes video se*s beliau. Tahun 2012 merupakan tahun saya dan kawan2 berpolitik ye kawan2. Sekarang dah malas. Haha. Merasa jugak pergi exam dengan 'penyambut tetamu' yang ada sepanjang jalan  ke pintu pagar UPSI. Kau hado? Hehehe. :P

So, kiranya dah setahun jugak la saya dan sahabat2 ISMP dok menunggu posting bagaikan pungguk rindukan bulan. Wah, wah, wah. Aishah dah pandai berperibahasa dalam blog dah sekarang! *hidungkembang* 

Hahaha.


Oh, saya sebenarnya merasakan diri ni masih bukan anak yang baik. Walaupun tahun 2012 sempat jugak la jadi cikgu ganti untuk 6 bulan, tapi entah kenapa untuk gaji yang pertama je saya sempat hulur duit kat abah. Lepas tu duit gaji habis untuk diri sendiri. Ye lah kan. Bayar duit buat lesen motor dan kereta, duit internet, beli henfon baru, beli external hard disk baru, beli jam baru, beli baju baru, beli seluar baru, beli beg baru. Fuhh..pendek kata beli baru semua untuk diri sendiri lah. Isk, terasa teruk pulak tetiba. -.-'

Then, baru2 ni pulak, (baru yang tak berapa baru pun) abah ada bawa saya ikut ke kursus untuk agen stok hpa sebab sekarang ni nak maintain bonus dah kena online bagai la pulak. Kesian orang tua2 macam abah dan kawan2nya nak kena ngadap online kan. Jadinya mau ke takmau, abah kena la belajar balik macam mana nak guna komputer sebab abah kata dah tinggal guna komputer ni sejak tahun 2006 lagi. Lama tuuu..kalau beranak pun, anak dah masuk sekolah dah. Eh, tetiba. Disebabkan saya je anak besar yang reti bab2 komputer ni, maka saya lah yang kena ajar abah macam mana nak guna komputer balik.

Stress weh ajar abah. Sebab abah suka tanya banyak2 kali. Benda yang dah ajar baru beberapa saat, lepas tu abah tanya lagi, (_ _!!)

'Itie, ni abah nak tekan macam mana ni?'
'Itie, ni cemana nak pi balik kat page tadi?'
'Itie, abah nak kena tekan kat mana ni?'
'Awat tiba2 naik benda lain pulak ni? Ishh..'

bla bla bla.

Oh, oh. Terasa stressnya alahai. Jadi, anak yang tak berapa baik ni (tak tahap derhaka okeyy.. Nauzubillah) mula la jawab soalan abah ala kadar je. Dan terasa teruk lagi sampai cakap,

'Abah ni, tadi kan itie dah habaq tekan macam ni...bla bla bla..'
'Tekan macam tadi la abah..tadi kan baru ajaq ja..'
'Abah yang salah tekan pastu abah nak marah2 pulak.'

Hehehe.

Teruk kan.
Betul2 rasa macam dalam iklan 'Burung apa? Burung murai' tu.. Anak2 ni memang selalu tak sabar dengan ibu bapa kan. Kalau tak selalu pun, mesti akan ada jugak sekali sekala. Dah cuba tahan dah nak jawab elok2 tapi lain pulak yang jadi. Lepas dah marah tu mula lah rasa bersalah lepas tu refleks diri sendiri macam sekarang ni.  >_<

Haih.

Maafkan anakmu ini abah. 

Walaupun itie selalu tak dengar cakap abah, selalu tak puas hati, selalu kecik hati, selalu duduk terperuk dalam bilik tengok cerita korea, selalu lambat jawab bila abah panggil, selalu buat2 macam tak dengar bila abah panggil suruh buatkan kopi radix, selalu tak ikut cakap abah, selalu menjawab dengan abah, selalu simpan rahsia dari abah, selalu mintak duit kat abah, TAPI, demi Allah, itie sayang abah dunia akhirat ^^

Dan, terima kasih abah untuk segala2nya. :)
www.tips-fb.com
Post a Comment

2 comments:

amirah said...

aku bila tertinggi suara atau rasa marah kat abah aku pastu bila2 minta maaf balik.haha

ismiaisha said...

Hehe..kan kan..xsengaja tu,tu kena minx maaf blik..hee

Link Within

Related Posts with Thumbnails