Islamic Widget

Followers

Thursday, August 20, 2009

~Tips hidup sihat ala Rasulullah~

Salam~

apa khabar semua..
hmm..
utk makluman korang yang x tahu
situasi semasa kes H1N1 untuk 19hb Ogos, sudah ada 67 kes kematian yang dilaporkan di Malaysia..
itu yang dilaporkan..
yang x dilaporkan tu macam mana plak??
huhu~
walluhu'alam..
sekarang kita sendiri dah nampak kan betapa kuasa ALLAH tu hebat..
dengan hanya wujudnya 1 virus, ramai sudah yang meninggal..
manusia pun mula terasa takut..
tapi sedar x kita, mungkin apa yang berlaku sekarang ni adalah satu peringatan yang ALLAH cuba sampaikan kepada kita hambaNya?
atau mungkin juga apa yang berlaku ni, sebagai balasan dosa2 yang dah kita lakukan
sama ada kita sedar atau tidak?
apa pun sebabnya
apa pun alasannya
kita harus ingat, setiap apa yang berlaku ada hikmah dan pengajaran disebaliknya..
insya ALLAH.

baiklah, kali ni, saya nak kongsi pulak tentang tips kesihatan..
tips ksihatan ni bukan calang2 tau...ia adalah antara amalan Rasullulah yang harus kita ikut..insya ALLAH, dengan niat dan iltizam, badan kita akan sihat..xperlu lagi kita nak per gi gym ke, makan ubat kuat ke, semata2 utk jadi sihat..
kenapa perlu apa yang x perlu hanya sebab keperluan yang xperlu?
fikir2 kan lah..

X X X X X X X X X X X X X X X XX X X X X X X

Rasulullah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim)

Bagaimana agar senantiasa sihat seperti Rasulullah? Ikuti resepi berikut :

(1) SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulliullah selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan

(2) AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah senantiasa rapi & bersih, tiap hari Khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

"Mandi pada hari JUmáat adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

(3) TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN (huhu~ingat tu!!~)

Sabda Rasul : "Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dgn adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

(4) GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

(5) TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
- Membaca Ta 'awwudz (a'uzubillahi manassyaitanirrajim) , karena marah itu dari Syaitan
- Segeralah berwudhu'.
- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.

(6) OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan impak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga kita tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

(7) TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa dan mental, maka menjauhi iri hati merupakan tindakan pencegahan yang sangat tepat.
__________________________________________________

walluhu'alam~
itu saja yang dapat dikongsi kali ni..
semoga sahabat2 sentiasa sihat
kuat menghadapi cubaan dan dugaan
bersedia dari segala segi
insya ALLAH
:
:
:
akhir kalam
"mencegah lebih baik daripada merawat"

ilalliqa'
ma'assalamah
v(^-^)
www.tips-fb.com
Post a Comment

2 comments:

faINa989 said...

ct...hang kena start mula bangun b4 subuh..hehe...=p

p/s: dr dulu lg aih x pnah wat..
(ehem..ditujukan kpd ex-b-4(18)

ismiaisha said...

haha~
ang pun sama..
aku ngah usaha la nih..
ihik~
=D

Link Within

Related Posts with Thumbnails