Islamic Widget

Followers

Wednesday, August 19, 2009

Jom kongsi sama2..

Salam~

apa khabar sahabat sekalian..moga sihat2 hendaknya..(mcm tulis surat lak kan..hihi..)
emm..entry saya kali ni, saya nak kongsi sedikit ilmu yang saya peroleh sejak 2tahun yang lalu..maksudnya, masa kat matrik laa..masa tu, saya ditugaskan untuk menjadi sidang redaksi untuk artikel Kelab Surau KMPP yang namanya bagi saya, sangat unik: ALTRUISTIK..
sedapkan?
ok la, sebenarnya, ilmu ni tentang adap menguap..
korang tahu menguap tu apa?tau? bagus2...
kita kan selalu menguap kalau mengantuk, letih atau pun bila kita tengok orang lain menguap..hihihi~
kadang2 bila saya ada atas bus ke, dalam kelas ke, tengah jalan ke, ada la tengok kawan or sapa2 yang menguap..pastu siap ada bunyi lagik..dah tu xtutup mulut plak tu..huhu~xsopan kan?
ok la, jom kita kongsi sama2~

X X X X XX X X X X X X X X X X X

ADAB MENGUAP

1. Menahan menguap sekadar termampu:* Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap.

Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu . Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.


2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.
selepas menguap, kita seharusnya menyebut "A'uzubillahi minassyaitonirrajim" yang bermaksud "aku berlindung kepada ALLAH daripada syaitan yang direjam" bukanlah meyebut "astaghfirullah"..wallahu'alam

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

_________________________________________

sekian, diharapkan sahabat sekalian dapat la sedikit ilmu dari entry saya ni yerr...
wassalam~
(^_^)

www.tips-fb.com
Post a Comment

No comments:

Link Within

Related Posts with Thumbnails