Islamic Widget

Followers

Tuesday, October 20, 2009

Bicara hati seorang hamba~

Salam..
Kaifahalukum? Semoga sihat2 semua yaaa...
Blog nih pun nak kena tanya khabar jugak nih..akhir2 ni saya sering abaikan dia sebab sibuk meng'update' blog yang satu lagik..
Blog yg dibina atas tuntutan tugasan yang dah diberikan..
bezanya kan blog tu lebih ilmiah berbanding blog ni sebab saya perlu isikan segala assignment yang berkaitan dan ditulis pula dalam bahasa Inggeris..
hehehe~

hmm..
hari ni dah masuk hari ke-2 bagi minggu ke-14 nih..dah masuk minggu akhir semeter 3 dah pun...cepatnyaaa...
huhU~

semakin bertambah minggu, maknanya semakin hampir saya dengan exam final..semakin bertambah juga umur saya dan semakin hampir pula saya dengan mim.alif .ta.ya kann..huhu~

kenapa tiba2 cakap pasal nih??

hmm..

memang perlu kita melihat orang yang mati sebab dari situ kita dapat menginsafi diri..dan sebab tu jugak la kita perlu menziarahi orang mati..
supaya kita x terlalu mengejar dunia dan melupakan akhirat..supaya kita x terlalu mengagungkan maksiat dan meninggalkan ibadat..supaya kita sedar siapa diri kita dan mengapa adanya kita di dunia ni..

andai sekali ALLAH nak tarik nyawa kita, saat malaikat maut semakin hampir, kita sememangnya xpunya walau sedikit waktu untuk melangkah kembali memanjangkan umur yang semakin ke titik akhir...
kun fayakun..hanya dengan satu ayat itu, kembali kita kepada yang HAK..MasyaALLAH..astagfirullah..
"Ampuni aku Ya ALLAH..semoga taubatku dan ibadatku diterimaMU..AMIN.."

sebenarnya, petang tadi selepas berakhirnya kelas kimia dan menguruskan sedikit perkara di kampus, saya terus bergegas ke rumah na untuk siapkan kerja ICT yang sedikit tergendala..lagi pulak, na sememangnya bersemangat menyuruh saya melihat video seorang pemain bola sepak arab yang meninggal semasa sedang bermain di padang; yang telah membuatkan dia berpuasa kerana takut tiada lagi esok untuk berpuasa.huhu...

innalillah..sememangnya video tu sangat menyayat hati..gerun rasanya apabila melihat cara kematiannya..tersentak hati saya saat menonoton video tersebut, terasa ingin menitis air mata apabila mendengar bacaan Al-Quran mengiringi video tersebut..betapa ALLAH berkuasa melakukan apa kehendakNYA..kita sebagai insan kerdil langsung tidak mampu menyangka dan mengubahnya..

:

nak tgk videonya?
jom kongsi sama2..semoga iktibar dari video ini dapat kita ambil..




"Astaghfirullah..betapa dosaku padaMU sangat besar, Ya ALLAH..
matikanlah aku dalam keadaan husnul khatimah..
jauhkan lah aku dari fitnah dunia akhir zaman ini..
AMINN.."

www.tips-fb.com
Post a Comment

No comments:

Link Within

Related Posts with Thumbnails