Islamic Widget

Followers

Friday, November 27, 2009

Salam Aidil Adha~


kaifahalukum?
arju minkum assihhatu jiddan..insya ALLAH~
(xtahu nahu saya nih betul ke x..banyak dah lupa arab nih..isk.isk)

hehe~
xsempat jugak blog saya nak bersawang kan..tapi, dah berhabuk jugak sikit2 tu..saja saya nak polish kasi berkilat sikit tengah2 pagi buta nih..ngee~
:D

seperti yang kawan2, akak2, abang2, tuan2 n puas2 semua tahu, hari ni dah masuk lah 10 Zulihijjah 1430H bersamaan 27 Nov 2009M iaitu hari raya Aidil Adha..

"Dalam tenunan busana kehidupan, kadangakala kita perlu menyelusuri perjuangan agung.
Ibrahim mengorbankan kasih sayang seorang ayah, demi mimpi yang haq. Ismail akur kehendak sang Rabbi, demi cintanya pada Ilahi. Bersama kita hayati sirah agung ini"

(thanks pada pengirim sms ini. :))

macam yang kita dah tahu sebelum2 nih sama ada kat sekolah, dalam tv, dalam majalah, dalam surat khabar atau dalam mana2 sumber ilmuyang ada kat dunia nih, yang 10 Zulhijjah merupakan salah satu tarikh penting dalam kalendar Islam yang mana tarikh ni merupakan satu tarikh sejarah yang sangat penting dan wajib kita sebagai umat Islam tahu dan ambil berat kisahnya.

Tarikh yang padanya berlaku peristiwa pengorbanan Nabi Ismail A.S dalam menerima perintah yang ALLAH turunkan kepada bapanya Nabi Ibrahim A.S..
pasti, andai kita berada pada tempat beliau, belum tentu kita sanggup disembelih untuk dijadikan korban mahupun menyembelih anak sendiri untuk dijadikan korban..

tapi, di situ lah letaknya kelebihan para nabi tatkala menerima wahyu atau perintah dari ALLAH..walau berat hati menerima, iman yang kuat tetap menandingi ketidakrelaan hati..
dan berkat kesabaran dan ketaqwaan ayah dan anak itu, ALLAH telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas sebagai ganti korban yang bakal dilaksanakan.

Lihatlah, betapa kuasa ALLAH itu sangat besar..
hanya dengan perkataan "kun" maka jadi lah segala apa yang Dia kehendaki..

So, kita sebagai umat Islam hari ini, perlu belajar dari sejarah..
kita merayakan hari yang besar ini dengan ibadah korban tanda memperingati peristiwa yang pernah berlaku beribu2 tahun dahulu..
tidakkah kita sebagai umat Islam rasa sangat bersyukur?
betapa nikmat ALLAH itu sangat besar..cuma bagaimana kita sebagai manusia mahu mensyukuri setiapnya..

rugi kan kita kalau peristiwa penting dalam Islam kita xtahu sedangkan kita tahu tentang valentine's day yang pada asasnya memang sah2 haram kita sambut?
rugi lagik kalau kita xkenal siapa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sedangkan kita kenal siapa artis malaysia paling banyak konstroversi..

saya sendiri seringkali tersasar dari landasan jalan lurus itu,
hanyut dengan arus dunia yang melalaikan..
terkadang pernah saya bertanya pada diri,
"apa ertinya saya di dunia ini?"
adakah sekadar watak tambahan dalam telenovela hidup?
atau
cuma sekadar bayangan yang wujud kala adanya cahaya?
atau mungkin juga
cuma watak yang wujud dalam angan seorang penglipur?
namun
apa yang pasti,
siapa pun kita, dimana pun kita,
bagaimanapun kita, hanya 1 jawapannya..

"setiap manusia adalah khalifah,
punya peranan dan tanggungjawab yang penting kepada dunia"
semoga dari sejarah dapat kita belajar apa ertinya hidup,
dan daripada sejarah kita kenal siapa diri kita yang sebenarnya..
Insya ALLAH~
(^_^)

akhir kalam penambah manisan,
Salam Aidil Adha 1430H..
makan daging jangan lebih2 yaa..xlarat nak bangun nanti sapa yang susah???
diri sendiri jugak..ngee~
:D


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


(kredit utk iluvislam.com utk e-card yang cantik2 nih..)
;)

www.tips-fb.com
Post a Comment

No comments:

Link Within

Related Posts with Thumbnails