Islamic Widget

Followers

Friday, July 1, 2011

Manusia boleh berubah~

Assalamualaikum semua..

Masya ALLAH, lama benor saya tak menjenguk di halaman rumah ni..lalang2 dah tumbuh meninggi, tetibe rasa nak menaip pulak..
Almaklum lah..internet free kat sekolah ni..hihi~

Alhamdulillah...tadi ada ceramah sempena sambutan Isra' Mi'raj kat SMKGS terchenta nih..seronok ustaz tu bagi ceramah dan serasanya boleh sampai maksudnya kepada students2..
boleh bagi perUBAHan kepada mereka, hendaknya. :)

tadi ustaz banyak menegur tentang solat..sebab dalam peristiwa Isra' Mi'raj, SOLAT adalah peristiwa paling besar yang berlaku..
sebab dalam peristiwa Isra' Mi;raj, Rasulullah sanggup berulang-alik bertemu dengan ALLAH untuk kita umatnya..kalau tak, 50 waktu solat lah kita kena tunaikan..sedangkan solat yang 5 waktu pun ramai yang masih liat nak tunaikan dengan sempurna, kan? :)
(peringatan untuk diri sendiri jugak..)

Oh, rasanya yang paling terkesan di hati tadi bila ustaz tegur students supaya hormat guru, tunjukkan rasa minat nak belajar walaupun kita malas dan selalu senyum kat cikgu, jaga iman dan pandangan..
Agak terkesan jugak ceramah ustaz sebab tadi saya dah praktikkan kat student..^^

credit: google

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Situasi 1
ada sorang student lelaki yang selalu cari pasal dengan saya, selalu berlawan cakap dengan saya, selalu tenung muka saya macam tak puas hati, selalu macam nak cari gaduh dengan saya. Setiap kali jumpa mesti dia jegilkan mata. Biasanya saya akan lawan pandang dengan dia dan bagi jelingan maut. Takut jugak sebenarnya kalau diapa-apakan..huhu.
Lepas ceramah tadi saya relief kelas dia. Dia datang duduk depan saya dan buat macam yang selalu dia buat lah kan. Saya buat dek dan dia mula kacau2 saya. Kebetulan saya sedang menulis, dibacanya kuat2 apa yang saya tulis. Dalam hati, hanya ALLAH yang tahu. Saya dah rasa macam budak ni yang paling saya meluat dalam sekolah ni. Mujur, saya teringat ceramah ustaz tadi.

cikgu: "Awak ni kenapa? awak ada masalah ke dengan saya? Yang awak nak cari2 pasal dengan saya ni kenapa? awak langsung tak hormat cikgu kan? Baru je dengar ceramah tadi, tapi awak dah buat perangai lagi. Cari pasal dengan cikgu!"

Student (dengan muka berubah) :"Sory..sory cikgu..saya mintak maaf. Saya nak exam PMR tahun ni cikgu..cikgu jangan la marahkan saya. Saya mintak maaf cikgu. Memang saya salah. Cikgu maafkan saya tak?"

terkujat jugak saya masa tu..ingatkan budak tu nak lawan balik apa yang saya cakap, macam yang selalu dia buat..tetibe rasa sejuk balik hati ni bila dia mintak maaf sungguh2..saya hanya tengok dan tunggu apa dia akan buat.

Student: "Cikgu tak maafkan saya ke cikgu? Nah, cikgu ambik ni sebagai tanda saya mintak maaf. Saya baru beli je tu cikgu." (sambil hulurkan keychain bentuk kasut)

Cikgu: "Ambik balik. Saya takmau benda ni. Saya maafkan awak kalau awak janji tak buat lagi."

Dalam hati, saya rasa bersyukur. Semoga perubahan student ni kekal. Alhamdulillah, sampai jugak pesanan ustaz penceramah tadi kat student tu sebab budak tu sangat sangat sangat nakal dan tak hormat cikgu sebelum ni. Masa saya nak keluar tadi, sempat dia ucapkan terima kasih, ayat yang tak pernah dia ucapkan selama saya relief kelas-kelas dia sebelum nih. Sempat jugak saya pesankan pada dia dan students2 lain supaya rajin2 belajar.

XXXXXXXXXXXXX

Situasi 2

Saya ada geng dari UPSI kat sekolah ni..Ain Nabilah nama dia..selalu lah dia kena ganggu dengan students tambah2 sorang student dalam kelas saya nih. Maklumlah, cikgu cantik lagi muda, selalu la kena kacau kan.hihi. Pantang jumpa, mula la student ni akan menyakat. Siap 'I love you', 'My Dear' bagai..

tadi, lepas ceramah, saya dan ain ada terserempak dengan budak tu. Dan yang paling tak leh belahnya, budak tu dah siap menunduk hormat kat kami berdua. Alhamdulillah, tak ada ayat2 mengacau lagi. ^^
Siap bagi salam lagi tu..hihi~
Terkesan jugak di hati dia dengan kata2 ustaz dalam ceramah tadi supaya hormat cikgu dan tundukkan pandangan..sampai bila kesannya? Wallahu'alam. :)

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

See,
sebenarnya, manusia boleh berubah asalkan diri dia sendiri yang nak berubah. tapi, kena ada anjakan paradigma sikit la kan.haha. (^^,)

credit: google

Doaku, semoga perubahan student2 tadi kekal sampai bila2 dan mereka mampu beroleh kejayaan..AMIN~


**UPDATE: budak berdua tu dah buat perangai lama balik keesokan harinya..huhu. Tapi bila diingatkan ceramah ustaz tu, sedar la sekejap.. =_='
alahai..anak2 murid ku~
www.tips-fb.com
Post a Comment

4 comments:

kasihibu said...

sayu, terharu baca en3 ni
alhamdulillah..semoga murid tu akan berjaya dalam peperiksaanya

Anonymous said...

meh aku ja ajar student2 ko 2 tgok nak jd cmna,aku pun baru je hbes exam ni,jadinya...musim anggur berbuah skang...nak apply guru besar ko kasi x? ?? haha...:P

ismiaisha said...

sayangsayangibu: tu jugak doa saya.. :)
tapi, esoknya bila jumpa lagi kat sekolah, budak2 berdua tu dah buat perangai lama balik...
sabo aje la! ^^

ismiaisha said...

musafirperjuangan @ anas: meh la cuba try test ngajaq sini..
buleh ja nk apply jd pengetua pun..haha~
budak2 ni x makan saman laa..tambah2 dgn cikgu perempuan..huhu.

Link Within

Related Posts with Thumbnails