Islamic Widget

Followers

Monday, March 19, 2012

Siapa cakap senang?

Assalamualaikum. 

Dulu masa praktikal, saya berdepan dengan kerenah students yang bermacam2. Part yang paling buat saya kecut perut, mestilah bila students2 mula bertanya soalan tahap tinggi. Hehe.

Sekarang,
sejak2 dah habis belajar di UPSI, saya dipanggil untuk jadi cikgu ganti di sekolah rendah saya dulu. Sekolah Rendah Islam Alor Setar (SERIAS). Dulu kami panggil sekolah ABIM aje. Bangga okey masuk sekolah cikgu2 masih kenal walaupun ada yang tak ingat nama. terasa berBESAR hati sungguh. (^____^) Alhamdulillah.

So, sejak2 dah jadi ustazah ni, macam2 kerenah pelajar2 saya. Sapa kata jadi cikgu senang ha? Susah weh nak menahan kesabaran dengan perangai budak2 yang tak dengar kata. Terasa lebih lebih lebih mencabar dari mengajar budak2 besar. Tapi, apa pun kita buat, mesti ada cabaran kan? Well, cool. Take it easy! (^^,)v Phewww~

Kisah 1
Cikgu   : Okey, semua duduk tempat masing2, bukak buku muka surat......
Pelajar  : (bising dan tak dengar kata).
Cikgu mula ketuk meja dengan pembaris besi.
Cikgu   : Semua diam, duduk tempat masing-masing! 1, 2, 3....
Pelajar  : 4, 5, 6.... (sambil berlari2 duduk tempat masing2)
Cikgu   : (sabar2) @_@

Kisah 2
Pelajar lelaki sedang main tumbuk2 di belakang sampai dah bergolek2 atas lantai.
Cikgu  :  Awat yang gaduh ni? Sudah-sudah. Berenti.
Pelajar : Mana ada kami gaduh la cikgu. Kami main la cikgu.
Cikgu  : @_@ tskkk~

Kisah 3
Dua orang pelajar lelaki sedang bersembang sambil praktis aksi2 pukul macam dalam WWF. Bangga pulak mereka walaupun baru darjah 2. TV3, tolong la jangan dok pasang cerita2 macam tu dah. Bawak pengaruh buruk kat budak2 tau dak? Eeee!
Cikgu   : Ni apa dok buat macam tu? Ustazah smack down satgi baru tau! (dalam hati, baru ampa tau ustazah pun reti benda2 camtu! haha)
Pelajar  : (tersengih2 duduk tempat masing2)

Kisah 4
Cikgu  : Ni awat tak buat latihan ustazah bagi tu? Bukak cepat! Ustazah nak ajaq macam mana nak buat ni.
Pelajar : Ustazah, muka surat berapa?
Cikgu  : Punya la saya dok pung pang pung pang bagitau blaa blaa blaa..
Pelajar : (sambil buat muka comel, tangan kat dagu, mata dibulatkan) ala, ustazah ni. Meowww meooww.
Cikgu  : @_@


Hah,
tu belum kes budak2 merajuk dengan saya sebab kena marah. Degil tak dengar kata. Kalau buat baik2, mula la budak2 tu main2 dalam kelas. Tak tumpu masa saya mengajar. Jadi, haruslah aura2 kegarangan saya ditunjukkan. Patut lah cikgu2 masa sekolah rendah dulu garang2 kan. Bukan senang nak didik budak2 jadi manusia, tahu. Susah. TERIMA KASIH CIKGU-CIKGU. ^^

Lepas aura kegarangan dikeluarkan, terus dapat surat layang.

"Ustazah, saya minta maaf sebab nakal"

Hehe. Comel pulak budak2 ni. Ngeee~
www.tips-fb.com
Post a Comment

2 comments:

greenveined said...

hahhaha...comeyl!

ismiaisha said...

kan, kan..sbb tu kalau marah cemana pun, terus xjadi...hee~

Link Within

Related Posts with Thumbnails