Islamic Widget

Followers

Tuesday, July 17, 2012

FIEQA's WEDDING | Congrats!

Assalamualaikum.


Khamis lepas saya ke Parit Buntar untuk wedding kawan baik masa kat KMPP dulu, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin a.k.a Fieqa. Geng akhir sem sekali dengan Nurul Husna Barudin a.k.a Una. Lama sangat tak jumpa depa dua, selalu je rancangan tak menjadi kalau nak keluar sama2 bertiga. Huhu. Alih2 sebulan lepas ke 2 bulan lepas macam tu, tiba-tiba fieqa call bagitau kata nak jemput ke kenduri kahwin. Terkejut mak nak. (-.-')  Dah 4 tahun tak jumpa wehhh, tiba2 dah nak kawen! Huhu.

So, tak mau melepaskan peluang sementara dok menganggur belum ada kerja tetap ni, haruslah saya merajinkan diri ke Parit Buntar. Sesampai sana, jumpa dengan Una & Hasni (roomate Una kat KMPP) then dalam 10 minit lepas tu fieqa datang jemput dengan adik2 dia, Shida & Baby. Comel depa 2 orang. And yang paling penting, merasa jugak saya naik kereta mahai. Boleh dah cerita kat anak cucu lepas ni. Haha.

Malas nak cerita panjang, layan gambar je la ye! ^__^

----------------------------
1st event: Fieqa berinai | 12 Julai 2012

Perkenalkan: Hasni, Una & pengantin kita, Fieqa.

Comel je muka fieqa walaupun tak mekap, kan. :)

-----------------------------------------
2nd event: Majlis Akad Nikah | 13 Julai 2012

 11 dulang hantaran pihak pengantin perempuan

 Pelamin akad nikah dari AriWedding. Cantik kott.. Suka2.

 Ada gaya mamarazi ambik gambar tak? Hehe.
Ni mak & ayah fieqa. Sorry pakcik, gambar dari belakang je ado. -.-'

 Selepas akad. Fieqa tinggi gila pakai kasut tinggi 5 inci. 
Penat aku jinjat (bahasa baku dia apa? cek taktau. Huhu.) wehhh.
 Wuuu~ (_ _")

 Una, Fieqa & me. Reunite after 4 years. Rindu time KMPP dulu. :')

Bergambar dengan adik Fieqa, Syatilla Melvin. 
Dia ni model dan pelakon.

 Hantaran dari pihak pengantin perempuan.
Kek tu paling saya suka. Lepas ni buleh la guna ayat tu jugak tulis atas kek kawen.
hehe.
*tetiba*

Kereta antik untuk perarakan pengantin semasa majlis resepsi.
Sempat bergambar sebelum balik rehat landing kat rumah kakak Una sampai petang.
Penat kalah pengantin. Hehe.

---------------------------------------------
3rd event: Marhaban dan majlis berinai | 13 Julai 2012

Majlis malam ni sepatutnya bermula lepas Isyak. Tapi kami bertiga sampai awal. Almaklum la, dapat solat jamak kan. Hehe. Fieqa pun baru sudah mandi, penat2 balik dari raptai kat dataran, tempat berlangsungnya majlis resepsi keesokan harinya. Kesian fieqa. Muka dia penat gila. Sempat la kami bertiga dan kawan UKM fieqa  lagi 3 orang bersembang dalam bilik dia. Sempat juga la kami korek cerita tentang perkahwinan fieqa dengan Dato' Zainal Abidin. Dapat dengar gosip baru artis pulak tu. Eksklusif. Kat melodi pun tak keluar lagi gosip ni. Sapa nak tau gosip ni, bak 10 ringgit. Nanti kita sembang. Haha. :D

 Me & Una sementara tunggu fieqa  keluar dari bilik air.

 Cincin nikah platinum + berlian. Boleh berangan dalam mimpi je la kalau teringin.
Hehe.

 Yang ni baby a.k.a joyah junior. Adik kesayangan fieqa.
Fieqa cakap baby ni cakap macam orang kampung, tapi taste dia mat saleh okey~haha.

 Una dok tetas benang baju. Tetibe tak muat pulak fieqa nak pakai walaupun dah fitting
Mujur ada una. Hehe.


 Ni la 6 orang yang datang penuhkan bilik fieqa sambil bersembang tak hengat dunia.
Muehehe.


 Lepas makan, kena tunggu lagi sementara fieqa dok bersiap. Pukul 11 lebih pun dok bersiap lagi ok.
huhu.



Orang-orang 1st pegi ambik gambar bila fieqa keluar dari bilik.
Kena bergegas balik pulak sebab kami masih anak2 dara ye kawan2.
Sebelum pukul 12 dah kena ada kat rumah. Kikiki.
(padahal takut jalan gelap)
(_ _")


----------------------------------------------------------------------
4th event: Majlis Resepsi | 14 Julai 2012

 Sesampai je dataran tu terus cari tempat nak duduk. Hehe.

 Bergambar dulu sebelum makan.


 Band dari Ibu Pejabat RISDA 

 Menyemak di khemah VIP. Kuikuikui.

 Kek 5 tingkat wehh.. Ko hado? :P


 Bakal Juara Gadis Melayu 14. Errr.

 Budak2 silat dari SMK apa taktau. Dah lupa. Hee.

Tun Abdullah Ahmad Badawi pun hadir.

Perarakan masuk pengiring & pengantin. Ramai giler manusia mengerumun time ni.
Huhu. 

 Fieqa & Lynn 999 sebagai pengapit.

Doa sedang dibacakan.
Masa ni Shaheizy Sam baru sampai. Teruja la jugak time tu tetibe ada pelakon berdiri depan mata.
Haha.
Elehhh..dia pun manusia biasa jugak macam orang lain.
 :P

Beliau duduk di meja belakang kami. Orang lain dok pulun2 ambik gambaq ngan dia, saya ambik dari tempat sendiri aje. Haha. Mesti dia perasan sebab tu dia senyum lebaq.
Weeee~ 

 Kat belakang tu ada Shaheizy Sam. Nampak tak? :)

 Suka tengok fieqa tersenyum bahagia :)

With adik2 & mak fieqa

 Lambai jangan tak lambai. 

Senyum sengal dari fieqa. Hehe.

Last but not least
:
:
:
:
:
:
:

Congrats Fieqa. Semoga bahagia sampai ke akhir hayat.
Jaga anak2 ang elok2 tau. Jadi ibu yang baik.
Selamat menjadi ibu...anak ang si nafiz tu comel!  Hehe. ^__^



P/s: Lepas ni kena panggil ang 'Datin' ke Fieqa? Huhu.

p/s: untuk gambar yang lebih cantik boleh klik sini----->> AriWeddingCouture

www.tips-fb.com
Post a Comment

2 comments:

greenveined said...

kak ecah, kak husna tu senior sy dulu kat sekolah!!

ismiaisha said...

ain: lorhhh..ye ke...kecik betul malaysia ni kan...
pi mai pi mai tang tu gak...hehee

Link Within

Related Posts with Thumbnails