Islamic Widget

Followers

Wednesday, July 25, 2012

Kesian ISMP nasib diperjudikan....

Assalamualaikum.

Sebelum saya menulis lebih jauh, suka saya nak kawan2 baca artikel Berita Harian ni dulu >> 13,000 GSTT terus tugas

Saat artikel ini dikeluarkan, MASA GELAP untuk para ISMP kini bermula....


Sedih.
Geram.
Marah.
Sakit hati.

Itu saja yang saya boleh gambarkan perasaan saya dan mungkin juga sebahagian BESAR warga ISMP. Terasa betul2 dianaktirikan. Nasib diperjudikan oleh pihak atasan yang pada asasnya diberi kepercayaan untuk memimpin rakyat marhaen dengan adil, bijak dan saksama. 

Satu saja persoalan saya.

"Kenapa ISMP yang sememangnya memilih dan dipilih (kerana kami melalui MEDSI & Interview) untuk belajar ijazah pendidikan di universiti sejak awal tidak diberikan peluang dan hak yang sepatutnya?"

Sedangkan GSTT (Guru Sandaran Tak Terlatih) diberi hak dan peluang yang sekian lama kami idamkan.  Diberi penempatan tanpa perlu melalui sebarang interview...
Adakah kerana jumlah 13,000 GSTT tak mampu melawan jumlah 3000 ISMP dalam isu UNDI? PRU13 dah semakin dekat, isu pendidikan pula yang mula dipolitikkan. 

Seramai 3000 ISMP yang dah menganggur selama hampir setahun (saya 6 bulan) tanpa kerja tetap hanya dipandang sebelah mata. Mereka buat2 macam kami ini tidak wujud. Macam kami ini hanya melukut di tepi gantang. Selama ini kami masih bersabar melihat isu posting ni memandangkan senior kami yang bergraduasi pada tahun 2011, baru dipostingkan pada bulan Jun 2012. Masing2 berdoa semoga ada rezeki untuk diri sendiri dan rakan2 ISMP. Memang tak dinafikan ada menteri yang mengambil berat isu ini seperti Datuk Dr. Wee Ka Siong, Khairy Jamaluddin dan beberapa orang yang lain, tapi isu ini sekadar hangat2 tahi ayam. Di bawa berbincang dalam kabinet lepas tu senyap tak ada berita. Alih2, 13,000 GSTT diberi tempat. Huh.

Saya tidak menidakkan peluang untuk GSTT masuk ke sekolah, tetapi perlu diingatkan, kami ISMP masih ada. Bagi la 20, 30 ribu orang GSTT sekalipun untuk bertugas di sekolah2, tapi berikan juga penempatan untuk ISMP, jangan pula anaktirikan kami ISMP. 

Hak kami dinafikan, lepas tu mintak pula kami cari kerja lain. Alasannya, ISMP tak ikut unjuran KPM (rujuk sini). Dah tahu penempatan guru berdasarkan unjuran KPM, kenapa sejak dari awal tak fikir kaedah yang paling efektif untuk bakal guru? Dah jadi barisan pemimpin, pandai2 la nak buat keputusan yang baik untuk rakyat. Nak jadi pemimpin yang pandai buat keputusan, mesti jadi orang yang pandai berfikir bukan saja untuk hari esok atau lusa, tapi untuk masa depan. Amanah yang rakyat beri kena la jaga elok2. 

TPM = Menteri Pelajaran, sila jangan abaikan ISMP.

Hairan. Pelik. Ajaib.
Kalau tak mahu beri penempatan kepada ISMP, selepas ni sila mansuhkan ISMP. Biar je sapa2 yang nak jadi cikgu lepas ni, ambik je GSTT. Ambik DPLI, KPLI. Senang cerita. Tak ada yang akan didiskriminasi. Tak ada yang teraniaya macam kami.

ISMP tak laku kalau bukan di sekolah. Sekolah swasta pun berat hati nak ambil sebab memikirkan 'kemungkinan' akan berhenti bila posting. Syarikat2 apatah lagi. Sekadar kerja kat kedai kasut, kedai makan, kedai fotostat boleh la. Lepas tu sapa nak tolong bayar PTPTN kami? Heh. Kesian.


nota jari kaki: ada tak kursus setahun untuk jadi doktor? Tak pun peluang untuk jadi doktor tak terlatih ke kan. Lepas ni boleh la para ISMP mintak jadi DOKTOR, NURSE, ENGINEER, AKAUNTAN dll., tak payah lagi dah buat muka tak malu nak masuk sekolah... *sigh*


www.tips-fb.com
Post a Comment

No comments:

Link Within

Related Posts with Thumbnails