Islamic Widget

Followers

Sunday, September 2, 2012

Apa yang kita nampak, tak sama dengan apa yang kita rasa | Khas untuk akak Liyana Adnan

Assalamualaikum.

Baru2 ni heboh orang dok bercerita perihal satu blog ni; blog cik liyana adnan. Hanya kerana 1 post dia yang memperkecilkan profesion guru, terpaksalah dia berdepan dengan pelbagai respon dan komen negatif orang ramai.

sila klik gambar untuk ke post akak liyana yang jadi kontroversi

Profesion cikgu kot wehh..sekali kau kutuk cikgu, semua orang akan kutuk kau 2,3 kali ganda. Sebab apa? Sebab semua orang ada cikgu beb. Sejak kecil sampai kau besar, dari tak pandai apa2 sampai dah pandai, from zero to hero, kau akan berjumpa insan bernama guru so that baru kau jadi insan berguna. Kalau kau konon2 cari ilmu sendiri tanpa panduan seorang guru, kompem kau sesat jalan jugak beb. Percayalah.

Saya cakap kerana saya juga punya cikgu, dan insya ALLAH saya bakal bergelar cikgu sedikit masa lagi. Bercakap berdasarkan pengalaman adalah lebih baik dari dok bercakap pong pang pong pang tapi kau tak pernah ada dalam situasi yang kau tengah cakap tu. Kan? :)

1st time baca post dari akak liyana adnan tu, saya rasa geram, sakit hati dan...... kesian. Saya geram dan sakit hati sebab saya rasa dia sedang mengutuk cikgu2 saya sekali. Dalam masa yang sama, saya rasa kesian kat akak liyana sebab saya rasa mungkin dia ada bad memory dengan mana-mana cikgu sebelum ni. Mungkin la kan. Huhu.

Meletakkan diri saya dalam situasi dan pengalaman seorang guru, saya akan cuba menulis dengan serasional yang mungkin. Insya ALLAH~

Bismillah....

X      X      X      X      X

Saya pernah berhadapan dengan situasi punya pelajar2 yang bermacam ragam. 1st time menceburkan diri dalam bidang pendidikan adalah selepas SPM sebagai seorang guru tadika. Masa tu memang best sebab saya suka budak2 tapi dalam masa yang sama saya stress sebab saya tak pandai mengajar, tambahan pulak budak2 umur 4-6 tahun lebih suka nak bermain daripada belajar. Jadi, saya perlu menjadi seorang guru dalam masa yang sama menjadi penghibur untuk tarik minat kanak2 tu belajar. Macam2 benda saya cuba; menyanyi, menari, berlakon, melukis, membaca. Penat memang penat. Tapi saya seronok saat melihat pelajar2 saya faham dengan apa yang saya ajar. :)

X       X       X       X       X

Pengalaman ke2, semasa saya praktikal dalam semester 7, bulan 5-8 tahun 2011. Perasaan masa tu memang seram sejuk dan takut sebab kali ni saya perlu berhadapan dengan budak2 remaja. Budak2 yang dah tahu apa tu ABC, apa tu 1,2,3. Saya perlu mempunyai pendekatan yang berlainan berbanding sebelum ni. Saya perlu memberikan ilmu yang all out. Tak boleh main taram sesuka hati je mengajar, alih2 student tak paham langsung apa yang diajar. Saya perlu fikir emosi dan kesediaan pelajar sebelum mengajar. Sebab client saya adalah manusia. Bukan mesin dan bukan robot yang boleh diprogram sesuka hati.

Saya pernah 'dibuli' murid. Maklum saja pelajar2 saya kali ni adalah pelajar2 form 4, yang dalam zon 'honeymoon' selepas PMR. Beg tangan saya pernah diselongkar murid lelaki, lip balm dalam beg diambil dan dipakai, hanya kerana saya tak pandai mengawal kelas.
Ya, SAYA GURU PRAKTIKAL dan SAYA TAK PUNYA PENGALAMAN menjadi guru yang baik. Sehinggakan semasa praktikal ni, saya pernah rasa give up tak mahu jadi cikgu dan akibatnya, saya pernah kena sound dengan pensyarah penyelia dan katanya saya tidak serius untuk menjadi seorang guru. Sentap. Selepas saat tu, saya cuba buat yang terbaik. Saya cuba sediakan RPH, sediakan alat bantu mengajar sebaik mungkin, lebih baik dari sebelumnya. Alhamdulillah, hasil selepasnya sangat memberansangkan. Terima kasih Dr. Haniza atas tunjuk ajar dan dorongan. :)

X      X      X      X       X

Pengalaman ke 3, selepas habis belajar dan menunggu masa posting, saya dipanggil menjadi guru ganti di sekolah rendah saya dahulu. Sekolah agama swasta. Kali ni saya perlu mengajar budak2 darjah 1 dan 2. Cabarannya, masya ALLAH, lebih kuat berbanding semasa praktikal dulu. Saya pernah menangis kerana tak tahan dengan perangai budak2 yang tak mendengar kata. Serius. Emosi saya saat tu tak stabil mungkin jugak sebab demam dan pening kepala, jadi bila pelajar tak beri kerjasama semasa P&P, saya mengamuk. Saya jenis yang kalau saya sangat sangat marah, saya akan menangis. Lepas dah okey sikit tu, mula lah termalu sendiri. Mujur mereka masih budak2. Dan, mujur jugak takde dengar cikgu2 lain bercerita. Kalau tak, mau malu 2,3 abad. Hehe.

Tapi serius cakap, saya serik untuk jadi cikgu sekolah rendah. Saya sangat tabik dengan cikgu2 sekolah rendah, especially cikgu2 saya dulu. Besar cabaran mereka untuk membentuk seorang manusia yang berjaya. Tambahan pulak, budak2 sekarang tak macam budak2 zaman saya dulu. Mereka lebih advance. Tabik spring untuk kalian! ^___^

X       X      X      X      X

Pengalaman ke 4 dan terkini, sebagai guru ganti di sekolah menengah saya yang dulu pulak. Kali ni saya perlu mengajar pelajar2 form 1, 4, 5 subjek matematik dan biologi. Subjek biologi memang menjadi minat saya. Sehari sebelum mengajar topik yang perlu diajar, saya dah sediakan RPH siap2. Sebelum masuk ke kelas, saya perlu ulangkaji dan fahamkan apa yang perlu diajar. Supaya nanti bila ada soalan2 advance dari student, tak ada lah saya ternganga tak reti nak jawab. Walaupun kadang2 ada jugak lah yang saya tak dapat nak jawab. Huhu. Saya masih budak yang sedang belajar... -.-'

Untuk subjek matematik, saya memang dah kecut perut! Serius cakap, saya paling fobia dengan subjek matematik sejak sekolah dulu. Dulu, setiap kali exam matematik, saya akan berpeluh2 dalam dewan peperiksaan. Rasa seram sejukkkk je tambah2 subjek matematik tambahan. Pasai pa jadi camtu, jangan tanya saya sebab saya pun tak tau sebabnya. Huhu. Tapi sebaliknya, 1st day mengajar matematik form1, saya jadi suka. Saya suka sebab students faham apa yang saya ajar. Sehinggakan ada beberapa student yang datang pada saya dan cakap,
  "Terima kasih cikgu sebab ajaq sampai saya faham. Saya suka cikgu ajaq sebab cikgu bagi cara senang saya nak kira"

Alhamdulillah....kepuasan yang tak terhingga. Saya tak harapkan ucapan terima kasih mereka, tapi saya sangat harapkan ilmu yang cuba saya berikan, sampai dan bermanfaat kepada mereka. Insya ALLAH~

     X      X      X      X      X

Akak liyana ni ada cakap, "better saya jadi engineer macam sekarang. gaji pun ok je..memang lah penat lebih dari cikgu, tapi at least ilmu saya berkembang..tak de la macam cikgu..ajar bio...reti biologi je..fizik tak retiii pun..kan?"

Yeah, true. Akak jadi engineer pun, bukan semua bahagian akak boleh ceburi pun. Akak engineer dalam bahagian apa? Chemical, mechanical, sivil, computer or else? Boleh ke akak tukar2 bahagian ikut suka ahti akak je? Heh. Mesti akak lebih memilih apa yang akak minat kan? Course yang akak ambil masa kat U dulu, kan? Nak jadi cikgu lagi la akak oii.. Cikgu nak mengajar manusia. Kalau cikgu tak master apa yang nak diajar, dia akan buat pelajar blur. Tak ada manusia yang master banyak benda dalam 1 masa. Kalau tetibe engineer disuruh jadi cikgu, agak2 reti ke? Cuba dulu baru boleh nak komen panjang2 ye akak ye. Hehe.

Ok, akak dah mintak maaf tapi once akak dah terkutuk sapa2, akak kena la tanggung akibatnya ye. Tak payah la nak kutuk2 sangat profesion orang lain kalau tak pernah merasa dalam profesion tu. Saya pernah jadi pembantu kedai dan saya tabik dengan mereka2 yang bekerja dalam bidang ni sebab kerja pembantu kedai perlukan semangat yang tinggi. Walaupun kerja 8jam sehari, tapi penatnya tak terkata. Kerja 10 hari pun saya dah serik. Huhu. Serius. Apa yang kita nampak, tak sama dengan apa yang kita rasa. Kalau saya tak berada dalam situasi sebagai pembantu kedai, tak mungkin saya cakap macam ni.

So, lepas ni kalau ada sapa2 nak kutuk2 pasal profesion perguruan mahupun mana2 profesion, sila lah berada dalam profesion tu dulu ye. Sehari pun takpe. Lepas tu dipersilakan kalau nak kutuk mengutuk. 

Sekian, terima kasih.

Maaf kalau ada tersalah bahasa. Saya tau akak liyana mungkin tak kan baca apa yang saya tulis ni tapi tetap jugak nak menaip. Hehe.



Wassalam~

www.tips-fb.com
Post a Comment

3 comments:

Anonymous said...

series dah 4 tan aku menyumpah kt minah tu. gila pnya x mngenang budi. dia blh la keja utk $$$ bkn utk kpentingan ummah. campak ja dia suruh jd cikgu sek rendah biaq dia rasa mcm mna prasaan ckgu2. series dia ni x pkirkan org lain tau pkir kpentingan diri sndiri ja.bg aku,ckgu laa profession yg paling ksiaaannnn skali.aku tau la sbb mak aku ckgu.kita semua pn ada ckgu. rasa nk sepak wei. tlg bwk pmpuan tu jumpa aku.
-k.on

ismiaisha said...

wah k.on, berapi2 benor ko ye...kihkihkih...

sila la google cari FB dia plak, lepas tu dh jmpa, ko tlg brain wash dia skali utk aku tau! :D

org yg xpernah merasa jadi cikgu or xada org2 terdekat yg jd cikgu or yg xada perasaan je yg akan kutuk2 cikgu2 even cikgu sendiri weh...aishhh..sabo je ler..
harap2 anak2 murid aku yg lepas, sekarang or akan dtg xada yg mcm ni..AMIN~~~~ -.-'

abrasadler said...

Jammin' Jars Casino (JARMS) - JTM Hub
JARMS. The only Jammin' 제주도 출장샵 Jars casino 목포 출장안마 in the world that's ready to be part of this crazy 하남 출장안마 high slot 전주 출장샵 Get the exclusive Jammin Jars Casino 진주 출장샵 (JARMS)

Link Within

Related Posts with Thumbnails