Islamic Widget

Followers

Friday, September 28, 2012

Saya mahu posting!!

Assalamualaikum.


Sebelum saya teruskan menaip, suka saya nak share sikit dialog.

Sejak2 dah habis belajar ni, pasti akan ada makcik pakcik kakak abang yang bertanya, 

"Dok buat apa sekarang?" 
"Dah habis belajar dah. Dok tunggu posting sekarang. Insya ALLAH." (Jawapan standard)
"Oo..ngaji (belajar) mana dulu?"
"UPSI. Ambik pendidikan."
"Oo...cikgu la ni. UPSI pun lambat posting dah sekarang ni ka? Bila nak dapat posting?"
"Bukan UPSI ja yang lambat. Semua yang ambik ijazah sarjana muda pendidikan sekarang ni ramai yang dok menganggur lagi. Tak kira la dok kat U mana pun. Tak tau nak kata lagi bila nak dapat tau posting sebab tak dengaq apa2 berita lagi. Tunggu kerajaan ada duit dulu kot."

Huhu. 

Itu dialog suatu waktu dahulu. Masa baru 2,3 bulan menganggur. Even time saya dah mula mengajar jadi cikgu ganti dulu dan sekarang pun cikgu2 tempat saya mengajar kerap bertanya soalan yang macam ni. Kadang2 saya sampai rasa malas nak jawab. Tak best tau bila kena jawab soalan yang sama walaupun bukan orang yang sama bertanya soalan yang sama tu. Huhu.

Then, 14 September yang lalu, ramai rakan2 ISMP yang share artikel dari UTUSAN kat bawah ni

sila klik gambar untuk tumbesaran yang lebih cepat


Perghhhhh..
Saat tu terasa macam tumbuh taman bunga dan taman rama-rama kat dalam hati ni. Kiranya saya dah boleh sediakan skema jawapan yang baru kalau ada lagi yang bertanya soalan "Bila posting?" ni sebab nampak gaya macam ada berita baik untuk warga ISMP. Ye dak?
Hari esok dan hari2 seterusnya lepas tu, bila ada yang tanya soalan tu, saya cepat2 jawab, "Khaled Nordin cakap kena tunggu bajet2013 ni ada berita gembira. Hehe."

Kikiki.

So, hari-hari yang berlalu selepas tu terasa lambat je. Haih. Bila la nak 28 September ni. Nak dengar berita gembira dari PM ni. Cecepat la hari Jumaat. Malam 27 September tu pun saya dah berdebar-debar. Almaklum la, nak dengar berita gembira ni kan. Mesti la excited. Hehe. Over benor cik ecah sorang ni. 

HAHAHA.

Jumaat, 28 September 2012. Jam 3.45 petang, saya dah tercangak depan tv. Volume tv saya buka kuat2 biar suara PM jelas masuk ke pendengaran saya. Bila masuk pada perkara "Fokus kedua: Memperkasa Pendidikan dan Latihan", saya diam dan dengar betul2 sampai la PM cakap, "Fokus ketiga: Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti".

Eh.
Errr..

Weh,
mana nya tak dak pun apa2 pasal penempatan guru baru. Sentap weh. Terus rasa kuciwa dalam hati. Ada ke PM sebut pasal penempatan guru baru sekolah menengah tadi? Yang ada cuma pasal penempatan guru prasekolah je. Huhu.


Uwaaaaa~~
Kecewa wehhhhh..Kecewa. (_ _!!)
Lain kali tak payah la suruh tunggu 'berita baik' kalau tak ada. *isk*


Keratan pembentangan Bajet2013 tadi


Tak apa lah, bersangka baik dalam 38.7 billion untuk Kementerian Pelajaran tu, ada la sikit peruntukan pengurusan untuk penempatan guru baru nanti. Mungkin PM saja tak mau sebut.

Think positive. Think positive.

Kikiki >.< "

X     X     X     X     X

Walau apa pun, kita merancang, mereka merancang, ALLAH juga merancang. Tapi sebaik2 perancangan adalah perancangan ALLAH. Semoga ada rezeki saya dan rakan2 ISMP untuk jadi seorang guru suatu hari nanti. Insya ALLAH.

Mari kita terus berdoa dan berdoa.

Saya mahu POSTING!!!!

www.tips-fb.com
Post a Comment

2 comments:

ain fathihah fhm said...

aku dengar kat radio je tadi. sambil drive. mmg berdebar2 bila sampai bajet pendidikan td. tapi akhirnya, hampa. huhu

ismiaisha said...

tau xpe...hampa dan kecewa sungguh la tadi..huhu~

Link Within

Related Posts with Thumbnails