Islamic Widget

Followers

Sunday, April 18, 2010

Permata ayah bonda..




GOMBAK: “Sehingga Mac tahun ini saja, 21 kes pembuangan bayi direkod dalam statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ia sebenarnya angka yang besar dan boleh dianggap kritikal,” kata Penolong Pengarah Kanak-kanak JKM, Sopian Brahim.

“Bermula 2007, JKM menyediakan rumah perlindungan, iaitu Rumah Sinar Kasih dan juga Taman Seri Puteri untuk mengendalikan kes kelahiran anak luar nikah bagi menangani masalah buang bayi.


“Bagaimanapun, stigma masyarakat yang takut untuk tampil ke depan dan tidak mahu mendapat khidmat sokongan daripada pihak berkuasa (JKM) menyebabkan masalah ini masih berleluasa,” katanya.


Terkejut baca berita nih tadi sambil2 study kimia...ramainya bayi yang tak berdosa dibuang..sayangnya penat2 mengandung selama 9 bulan 10 hari, alih2 bayi tu dibuang macam tu jerr..dah tu ada pulak yang buang kat tepi jalan, dalam semak, dalam lubang dan yang baik sikit tinggal kat surau..harap2 ada orang akan tolong jaga dah tu siap tinggal surat lagik..
Nauzubillah....

seramnya bila tanda2 akhir zaman nih semakin jelas serta terang bersuluh..

Agak2 apa la perasaan si ibu yang membuang bayi tu ya?
sedih?
berdosa?
kecewa?
or msih tetap xrasa apa2?

orang yang dah kawen, ramai yang masih belum dapat rezeki nak menimang anak tapi senang2 saja mereka2 nih buang anak tanpa ada belas... Nauzubillah minzalik!

remaja sekarang ramai yang kurang penghayatan agama..kalau nak cakap kurang didikan, dah berbuih cikgu cikgi kat sekolah cuba mengajar n mendidik sedaya mungkin tapi mungkin sebab dah 'bebai' dan menjadi hati batu, curahan ilmu jadi macam curah air ke daun keladi saja...macam2 faktor sogokan macam hiburan, makanan dan keseronokan buat mereka lupa tujuan sebenar mereka dihidupkan kat dunia nih; sebagai khalifah ALLAH..
hati yang asalnya lembut, semakin keras dan masam macam kena simbah asid acetic..
keras dan kaku or terkikis mungkin..
walaupun acid acetic tu asid lemah, kesannya tetap bahaya..

semoga anak2 sedaraku yang bakal lahir nanti dipelihara ALLAH selalu..jauhkan mereka dari fitnah dunia yang semakin berbisa..semoga mereka lahir nanti sebagai khalifah yang bisa merubah dan menggugah dunia..insya ALLAH..

AMIN~

p/s: saya ada search gambar2 bayi dibuang..tapi xsanggup nak letak sebab sedih sangat bila tengok..dahsyat...huhu~
www.tips-fb.com
Post a Comment

5 comments:

amirah said...

ala letakla baru tau cmna...

ismiaisha said...

haha~
bukan aku xmau letak tapi nnti aku sendri xberani nak bukak blog aku..
huhu~

Anonymous said...

semua pihak patut bertanggungjawab untuk hal macam ni...

kadang-kadang masyarakat sekeliling buat x tau je kalau berlaku pergaulan bebas di mana-mana..

punca awal perlu diambil kira. sikap masyarakat sekarang yang tidak ambil peduli langsung keadaan sekeliling kerana sibuk dengan hal masing2...

ismiaisha said...

anonymous: betul2..
masyarakat skg mmg lebih byak amik sikap tunggu dan lihat..
bila ada kes2 mcm nih mula lah melatah..
tapi tindakan wajar msih x diambil..
ramai remaja n even ibu bapa sendiri yg semakin mengasingkn kehidupn dr agama..
kalau xada pegangan agama yg baik, beginilah jadinya..

"kita ibarat pasir tanpa ISLAM tapi menjadi permata yg berkilau saat ISLAM bersama kita..."

ismiaisha said...

anonymous: betul2..
masyarakat skg mmg lebih byak amik sikap tunggu dan lihat..
bila ada kes2 mcm nih mula lah melatah..
tapi tindakan wajar msih x diambil..
ramai remaja n even ibu bapa sendiri yg semakin mengasingkn kehidupn dr agama..
kalau xada pegangan agama yg baik, beginilah jadinya..

"kita ibarat pasir tanpa ISLAM tapi menjadi permata yg berkilau saat ISLAM bersama kita..."

Link Within

Related Posts with Thumbnails