Islamic Widget

Followers

Saturday, May 12, 2012

Kisah Konvo Saya: Hari Konvokesyen UPSI ke-14. Alhamdulillah, saya dah bergelar graduan! ^__^

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dan tahniah kepada diri sendiri kerana mendapat kerajinan untuk meng'update' blog 2 hari berturut-turut...!! *tepuk tangan*
Haha.
Bukan senang saya nak rajin begini. Mungkin sebab dah pasang streamyx kat rumah kot! :)

Alhamdulillah sekali lagi kerana berjaya menamatkan pengajian di UPSI selama 3 tahun setengah (Julai 2008-Januari 2012). Sebelum hari konvo, tiap2 hari rasa berdebar sebab takut tersalah step masa naik pentas. Punya la praktis bukan main dengan budak2 'rumah tumpangan' taman nusa cara-cara nak naik pentas, alih-alih masa hari kejadian, takde sapa pun yang ikut step. HAHA~ =.='

 Terharu dapat jumpa mak abah dalam dewan konvo! ^^

 Terasa artis. Err.

 Gambar ni terpaksa edit macam ni sebab cameragirl tangan ketaq! Huhu.

 Alhamdulillah. Dapat bunga! ;)

 Sayang abah sesangat! :)

 Antara yang sempat pergi menyelit bergambar sekali. 
Lepas tu semua pakat hilang. Huhu.

 Dengan Nani, cousin saya yang comel. Tengok la sapa sepupu dia. HAHA~
(^____^)v

 Kery yang comel macam Mr.froggy dia. 

 Sayang mak! :)

Dengan Mira. Nak bubuh jugak walaupun gambar gegaq! Hehe.

Abang Abid. ^^

Saya ada cerita pada hari konvo. 
Cerita yang saya tak sangka akan terjadi. Langsung tak terlintas dalam kepala otak mahupun kepala lutut saya. Sungguh. ><'

They have met! Berdebar saat tu. Rasa speechless, nervous, nak pengsan pun ada. Walaupun tak dirancang, tapi keberangkalian terserempak tu ada sebab dia pun berkonvo pada hari yang sama. ^^ Tapi kebarangkalian tu tak tinggi mana la sebab 790 orang graduan pada sesi yang sama! Campur2 dengan family masing-masing dalam 2,3,4,5 orang lagi, tak kan terserempak kot, kan? Fuhh..~

Tapi, tiba2 dia dan mak abah dia ada di sebelah. Cuma dipisahkan dinding. Eh? Sempat saya sembunyi belakang dinding bila abah dia dah menjenguk. TAKUT yang amat. Lepas tu senyap2 pergi jugak berjumpa mak dia dan....yeay, dapat bunga! ^^
Then, kembali ke tempat asal buat macam tak ada apa-apa. Selamat. Hehe. Tiba-tiba abah tanya,
"Aikkk, sapa bagi bunga?"
"Err..kawan!"
"Kawan mana?"

Jeda dua tiga saat...SENYAP. Tak berani nak cakap. Tssskk.. (T_T)
Tiba-tiba mak tarik abah pergi kat orang sebelah, "Ni abang, yang bagi." Errkkk, hah, kantoi! =.='
Rasa macam nak berlari kat padang UPSI 2-3 round sebab takut. Lepas tu elok aje abah dengan mak dok bersembang dengan abah dan mak dia. Saya tak tahu apa yang mereka sembangkan. Haruslah malu nak join sebab saya ni sememangnya pemalu! Kihkihkih. 

Sah-sah muka ketaq! =.='
Anyway, nampak kan dinding pemisah kat belakang tu? Hehe. =.+

"Ooo..depa ada konspirasi..."
Abang abid kata.

Sungguh, tak ada konspirasi apa2 pun yang dirancang. Saya langsung tak bersedia sebab tak expect yang dia akan berani kenalkan diri dengan mak abah. TAPI, memang bukan dia yang perkenal diri pun, kan.  =.=' Hehe. Adei, perkara terjadi sebab terkantoi dengan mak aje. Takdir, tak ada sapa yang tau. Walaupun penat fikir macam mana cara nak perkenalkan family masing-masing, tapi perancangan ALLAH yang terbaik. Sebab tu terjadi tanpa disangka-sangka. Hmm..dalam hati tetap rasa lega. :) *tarik nafas panjang-panjang*

Gambar terpaksa di'blur'kan atas sebab-sebab yang tertentu.
Harap maklong. Terima kasih! :)

Insya ALLAH, kalau ada jodoh, akan terpampang la muka 'dia' dalam blog ni. Hehe. DOAKAN KAMI! (^^,)v
www.tips-fb.com
Post a Comment

4 comments:

Unknown said...

wahhhaaa!!!!!!!!walaupun sy rasa mcm sy x siap proposal lagi tp bila bukak dashboard tngok ada org tu post entry bru..gagahkan diri baca jgkk..ahahaha... n n n wahhaaa....cite best la kak...ahahahahha

~~cepat2 la kak~~ x sbar sudah sy ini ingin ke kedah~~~ lalalallaal

ismiaisha said...

hahaha..
sangat gigih cik adik ain ni.. :P
doa2 kan laa..harap2 dgn doa korang, cepat la korang dpt dtg kedah..
keh3~ :D

Good luck utk proposal thesis tu..jangan nak mengelat! :P

CAHAYA HIDAYAH said...

seronoknya...btw tahniah untuk kesemuanya.. =)

ismiaisha said...

@cahaya hidayah: hehe.. thanks sayang! ^___^

Link Within

Related Posts with Thumbnails